New Zealand Trip Preparation

Salam semua…

Sebelum nak cerita p1asal NZ trip ni, kita cerita pasal preparation/persediaan dulu, things to bring/not to bring and so on. Mungkin apa yang aku nak ceritakan dan share ni berbeza dengan mereka yang dah gi NZ sebelum ni. Aku just buat sebagai guide je. Nak ikut atau tak ikut, ikut suka. Papehal pun, ni itinerary sepanjang di NZ :

NZ Trip Itinerary

North Island : Auckland – Matamata – The Hobbiton – Agrodome – Rotorua – Huka Falls – Hamilton – Auckland

South Island : Christchurch – Geraldine – Lake Tekapo – Lake Pukaki – Aoraki Mt Cook National Park – Twizel – Elephant Rocks – Oamaru – Moeraki Boulders – Dunedin – Tunnel Beach – Nugget Point Lighthouse – Purakaunui Falls – Invercargill – Te Anau – Milford Sound – Queenstown – Arrowtown – Cardrona – Wanaka – Fox Glacier – Greymouth – Arthur’s Pass – Castle Hill – Christchurch.

Sekali lagi nak tekankan di sini, tak perlu pergi West Coast, melainkan kalau sanggup bayar untuk gi tgk Glacier. Kalau ada rezeki, aku nak buat itinerary begini :

Melbourne/Sydney – Queenstown (direct flight) – stay di Queenstown untuk at least 5/6 hari sebab bila berada di Queenstown, Milford Sound boleh buat day trip dengan naik bas atau nak drive. Boleh daytrip ke Wanaka/Cromwell/Arrowtown. Lain daripada tu boleh enjoy bandar Queenstown as much as possible.

Lepas Queenstown, terus ke Aoraki Mt Cook National Park melalui Wanaka dan Lindis Pass. Dari Mt Cook, boleh lalu Lake Pukaki – Lake Tekapo – Geraldine dan terus ke Christchurch. Di Christchurch, kalau ada masa boleh gi Akaroa, sebuah pekan tepi laut ala Perancis yang terletak kira-kira 1 jam 15 minit dari Christchurch. Dari Chrischurch boleh fly ke Wellington. Enjoy di Wellington untuk sehari dan kemudian terus ke Taupo & Rotorua melalui Palmerston North (ada NZ Rugby Museum). Kemudian dari Rotorua terus ke Matamata untuk The Hobbiton dan seterusnya ke Auckland. Pulang ke Melbourne/Sydney melalui Auckland. Atau ambil direct flight ke KL. Ataupun kalau ada masa, dari Auckland tu boleh ke Bay of Islands yg cantik gila dan kemudian ke Auckland semula. Secara ringkasnya, ini itinerary kalau ada rezeki ke NZ lagi :

KL – Melbourne/Sydney – Queenstown – Wanaka – Lindis Pass – Aoraki Mt Cook – Lake Pukaki – Lake Tekapo – Geraldine – Christchurch – Akaroa – Christchurch – Wellington – Palmerston North – Taupo – Rotorua – Matamata – Auckland – Bay of Islands – Auckland – Melbourne/Sydney – KL

Dunedin, Fox Glacier, Greymouth tu semua takyah pegi. Buang masa je. Baik spend masa di Queenstown lagi best.

 

Transport – Flight Tickets/Car Rental/Petrol

Aku beli flight tiket pada bulan March 2015. Masa tu Matta Fair week. So banyak airlines yang jual tiket yg agak murah. Last2, aku beli online je dan aku pilih Emirates. Emirates?? Memang jarang orang tau yang kita boleh naik flight Emirates ke NZ. Cumanya transit di Melbourne selama 6 jam (pergi balik) dan kemudian terus ke Auckland. Harga tiket yang aku beli adalah RM2,739 (return) sahaja. Murah kan? Airline lain semua dalam 3k.

Route KL – Melbourne mengambil masa selama 7 jam (Boeing 777-300), flight jam 1530 hours (3.30pm) dan tiba di Melbourne jam 0210 hours (2.10am). Manakala route Melbourne – Auckland mengambil masa selama 3 jam 25 minit (Airbus A380-800), flight jam 0820 hours (8.20am) dan tiba di Auckland jam 1345 hours (1.45pm) keesokan harinya.

Dan masa nak balik KL pula, Auckland – Melbourne mengambil masa 3 jam (Airbus A380-800), flight jam 1850 hours (6.50pm) dan tiba di Melbourne jam 2050 hours (8.50pm). Transit selama 6 jam lebih. Kemudian Melbourne – KL mengambil masa 7 jam (Boeing 777-300), flight jam 0335 hours (3.35am) dan tiba di KL jam 0820 hours (8.20am) keesokan harinya.

IMG_2019

Ok sekarang pula return ticket domestic NZ pulak. Since kami cuma 3 hari sahaja di North Island dan 10 hari di South Island, kami perlu beli tiket flight domestic dan kami pilih JetStar. Auckland – Christchurch return dengan harga NZD$150 seorang (termasuk beg 30kg), dalam RM435 je. Tu pun kami beli satu bulan sebelum travel date. Kalau beli tiket awal2, boleh dapat harga yang sama dengan Air New Zealand.

Bercakap tentang kereta sewa, di North Island (Auckland), kami pilih Jucy Rentals (www.jucy.co.nz) dan sewa selama 48 jam (2 hari). Kami ambil kereta Nissan Tiida sedan 1500cc atau lebih dikenali sebagai Nissan Latio di Malaysia. Harganya NZD$34 sehari x 2 = NZD$68. Insurance pula kami pilih Stress Free yang berharga $17 sehari x 2 = $34. Campur dengan fee lain2 jadi $112 atau RM325 untuk 2 hari. Mungkin mahal mungkin murah. Belasah je.

Manakala kereta sewa di South Island (Christchurch), kami pilih Go Rentals (www.gorentals.co.nz) dan sewa selama 108 jam atau 9 hari. Kami pilih kereta Toyota Corolla Altis (6-10 years old model). Harganya $33 sehari x 9 = $297. Insurance kami pilih Stress Free yang berharga $15 sehari x 9 = $135. Tambah additional driver $10. Total jadi $442 atau RM1,280 untuk 9 hari.

Dan untuk petrol pula, kami anggarkan yang kami akan drive sejauh 3,300km. Jadi, kami andaikan satu tank penuh boleh capai 600km. 3,300km bahagi dengan 600km dapat dalam 5.5 kali isian petrol. Dan harga petrol kami andaikan dalam $2.00 per litre. Kami andaikan pula satu tank penuh kereta yang disewa adalah sebanyak 45 liter. Jadi, $2 x 45 = $90 untuk full tank. Bermakna, satu tank penuh $90 kali dengan  5.5 kali isi petrol = $495 atau RM1,435 untuk total kos petrol. Tapi itu hanya anggaran je. Kos sebenar (yang akan aku cerita dalam entry kemudian) cuma separuh daripada anggaran tersebut. Papehal pun, baik buat budgeting lebih sikit kan.

So, kos keseluruhan untuk transport adalah :

Flight Ticket – Emirates : RM2,739

Flight Ticket – JetStar : RM435

Rental Car – Jucy : RM325

Rental Car – Go Rentals : RM1,280

Petrol Budget : RM1,435 (Kos sebenar RM700)

TOTAL TRANSPORT : RM5,479 (dengan kos sebenar petrol)

Since kami pergi berdua, kos untuk seorang adalah RM4,326.50 termasuk tiket flight.

 

Accommodation/Penginapan

Di NZ ni, kami kalau boleh kami taknak dok hotel/bilik yang fancy dan lengkap sebab kebanyakan tempat yang kami kunjungi hanya selama satu malam sahaja dan untuk tidur je. So, kebanyakan tempat tinggal kami pilih bilik yang ada perkara asas je seperti katil, selimut, meja, cerek dan lain2 kecuali toilet dan kitchen kami gunakan shared kitchen/toilet. Berikut adalah nama motel, jenis bilik dan kos untuk tempat tinggal kami sepanjang di NZ :

  1. Tower Road Motel, Matamata – Studio – $95
  2. Rotorua Top 10 Holiday Park, Rotorua – Standard Cabin – $90
  3. Christchurch Top 10 Holiday Park, Christchurch – $78
  4. YHA Mt Cook, Aoraki Mt Cook National Park – Twin Bunk Private – $92
  5. Leith Valley Touring Park, Dunedin – Deluxe Cabin – $59
  6. Te Anau Top 10 Holiday Park, Te Anau – Standard Cabin Twin – $73
  7. Shotover Top 10 Holiday Park, Queenstown – Rata Lodge Double – $90 x 3 malam = $270
  8. Fox Glacier Top 10 Holiday Park, Fox Glacier – Studio Double – $90
  9. Amber Kiwi Holiday Park, Christchurch – Studio – $80
  10. Base Backpackers, Auckland – Twin Private – $90

TOTAL : $1,017 atau RM2,950

Bahagi dengan 2 orang, jadi total RM1,475.

Since kami pergi musim Spring, ianya adalah non-peak. Tak ramai orang. Kalau aku pergi next time, aku mungkin takkan booking siap2 untuk semua tempat tinggal. Hanya perlu booking di tempat2 yg popular seperti Queenstown dan Mt Cook. Yang lain2 tu boleh walk in je. Sebab bila kat sana, kadang2 kita nak tukar plan, bila tukar plan tu akan melibatkan accommodation kita yg dah booking. Kiranya kalau tak booking siap2, kita ada freedom untuk buat plan ke mana-mana. Macam aku hari tu, patutnya kami nak tambah lagi satu malam di Queenstown tapi sebab dah bayar di Fox Glacier, terpaksa ke sana juga dan di sana memang takde apa2 pun kecuali glacier.

 

Clothing/Pakaian/Toiletries/Medicines

Aku bawa 12 tshirt, padahal tak perlu bawa banyak pun sebenarnya. Bawa dalam 7 helai pun dah cukup sebab boleh basuh kat sana. Jeans satu aku pakai, satu spare. Kain pelikat (wajib bawa untuk aku), sejadah dan lain2 yang rasa perlu bawa, bawa je. Jaket aku bawa 2, satu tebal satu nipis sebab aku taktau what to expect dengan cuaca di sana. Since aku gi time Spring, 60% of the time aku pakai jaket nipis dan 40% pakai jaket tebal. Tengok aktiviti juga. Kasut aku pakai satu dan satu lagi spare. Selipar wajib bawa untuk pergi toilet dan sebagainya. Maklumlah kami menginap di cabin holiday park yang toilet kebanyakannya adalah communal/shared toilet je.

Toiletries pula, beli shower gel dan shampoo yang saiz kecil. Kitorang lelaki, guna je shower gel untuk shampoo. Towel takyah bawa pun takpe. Gel rambut, shaver dan lain2 tu, pandai2 korang je. Sunglass wajib.

Medicines perlu bawa spare, mana tau demam/selsema/cirit birit ke apa ke. Tapi perlu label di luar plastik ubat tu dengan nama korang, takut kena tahan dengan imigresen sana. Kalau boleh buat list medicine apa yang korang bawa dan print untuk kesenangan semasa berjumpa dengan pemeriksa imigresen tu.

 

Food/Makanan

Sebagai orang Islam, makanan halal itu sangat penting. Dan apabila melawat negara orang yang kurang makanan halal, maka perlulah kita bawa makanan halal bersama. Kami siap2 beli produk makanan Brahim’s di kilang Brahim’s di Bangi seperti Nasi Goreng Ayam/Ikan Masin/Kampung, Nasi Beriyani Kambing dan yang sewaktu dengannya. Tapi waktu di sana, kami muak gila dengan makanan ready to eat ni. Nasib baik kami bawa tin sardin ayam brand, tin sup ayam adabi, kuah asam pedas brahims, kuah masak lemak cili api brahims dan lain2. Kalau korang nak beli Yeo’s kari ayam tu semua, belasah je. Beras tak perlu bawa dari Malaysia. Sana banyak choice. Since kami berdua je dan lelaki, kami tak perlu bawa banyak2 pun. Sebab kami nak cuba makanan di NZ juga.

Di NZ dan di setiap bandar, pasti ada makanan halal seperti Kebab dan restoran India. Tapi boring juga kalau makan kebab hari2 kan. So kami belasah Fish & Chips. Tapi kena tanya juga sama ada fish tu beer battered atau tidak. Dan aku taktau kenapa di NZ ni kedai jual Fish & Chips ni memanjang je dimiliki oleh orang Cina. Bukan aku nak racist cuma selain Fish & chips, diorang jual pork juga. So aku akan elak untuk beli daripada mereka ni sebab dah jatuh syubhah. Nak taknak, terpaksa makan Fillet O’Fish di McDonald’s.

 

Activity/Tours

Banyak juga tempat yang kami target untuk melawat dan melakukan aktiviti. Kebanyakannya percuma je. Berikut adalah aktiviti serta tours yg kami pergi :

  1. The Hobbiton Movie Set Tours, Matamata – $75
  2. Agrodome Farm Show + Farm Tour, Rotorua – $62
  3. Huka Falls, Taupo – Free Admission
  4. Lake Tekapo Church of Good Shepperd – Free Admission
  5. Lake Pukaki – Free Admission
  6. Mt Cook Hooker Valley Track – Free Admission
  7. Elephant Rocks – Free Admission
  8. Moeraki Boulders – Free Admission
  9. Dunedin Railway Station – Free Admission
  10. Tunnel Beach – Free Admission
  11. Nugget Point Light House – Free Admission
  12. Purakaunui Falls – Free Admission
  13. Milford Sound Cruise – $45 (Jucy morning cruise)
  14. Kawarau Jet (KJet) – $85 (booking thru bookme.co.nz) atau next time cuba Shotover Jet/Skippers Canyon – $135
  15. Million Dollar Cruise – $35 atau TSS Earnslaw Cruise – $55
  16. Sky City Tower Auckland – $28

TOTAL Activity & Tours : $330 atau RM957

Skydive? Bungy Jumping?Paragliding? Hehehe. Bukan taknak tapi kurang berani. Lagipun berat badan tak lepas. Hahaha.

 

So, itu sahaja cerita preparation untuk ke NZ. Next entry, NZ Day 1.

6 thoughts on “New Zealand Trip Preparation

  1. Salam,

    I just wish to thank you because I use your blog as reference when I plan my journey to New Zealand in November. It was very helpful and I learned a lot from you. At the end, we have a very fruitful journey all thanks to you (^_^). I still haven’t update my blog but feel free to visit the blog sometimes.

    Thank you

    • W’salam Saerah,

      Is it? What an honour. Thank you very much for reading my not so updated blog and even tak habis lagi update about my NZ trip. Hehehe. Can’t wait to read your blog post on your NZ trip. Will visit your blog later! Thanks again!

  2. Salam Irwandy,

    Thank you for visiting my blog. So, I pergi ke NZ 13 hari termasuk pergi balik dan kitaorang pergi both North dan South Island. Kat North just Auckland dan Rotorua saja dan kat South pergi dari Christchurch hingga ke Queenstown. Insya Allah saya akan update blog dalam masa terdekat ni…

  3. Hi!

    Your blog has been very very insightful for a trip i’m planning in December. Would like to ask if Malaysian license is valid in NZ? Or do we need international license?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *