New Zealand Trip – Sneak Preview

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Baru balik dari NZ dua hari lepas. Taktau nak kata apa. Best gila. Sampai skang macam terasa berada kat sana. Teringat-ingat. Beautiful landscapes. Friendly people. Ok ni itenary dan summary sepanjan trip 15 hari kat sana.

Day 1 : KL – Melbourne (Emirates B777)
Day 2 : Melbourne – Auckland (Emirates – A380) – Matamata (sewa kereta). Menginap di Tower Road Motel
Day 3 : Matamata – The Hobbiton Movie Set Tour – Agrodome Farm Show & Tour – Rotorua. Menginap di Rotorua Top 10 Holiday Park
Day 4 : Rotorua – Huka Falls – Hamilton – Auckland – fly to Christchurch (JetStar). Menginap di Christchurch Top 10 Holiday Park
Day 5 : Christchurch – Geraldine – Lake Tekapo – Lake Pukaki – Aoraki/Mt Cook National Park. Menginap di YHA Mt Cook.
Day 6 : Mt Cook – Twizel – Elephant Rocks (tempat Narnia) – Oamaru – Moeraki – Dunedin. Menginap di Leith Valley Holiday Park.
Day 7 : Dunedin – Nugget Point Lighthouse – Purakaunui Falls – Invercargill – Te Anau. Menginap di Te Anau Top 10 Holiday Park
Day 8 : Te Anau – Milford Sound (cruise kul 9.15am dgn Jucy Cruize) – Te Anau – Queenstown. Menginap di Queenstown Shotover Top 10 Holiday Park.
Day 9 : Queenstown – Glenorchy – Queenstown. Masih menginap di Queenstown.
Day 10 : Queenstown – Arrowtown – Queenstown. Ride Kawarau Jet dan lain2.
Day 11 : Queenstown – Wanaka – Fox Glacier. Menginap di Fox Glacier Top 10 Holiday Park.
Day 12 : Fox Glacier – Franz Josef Glacier – Hokitika – Greymouth – Arthur’s Pass – Castle Hill – Christchurch. Menginap di Amber Kiwi Holiday Park.
Day 13 : Jalan2 bandar Christchurch. Fly back to Auckland (JetStar). Menginap di Base Backpackers, Queen St, Auckland.
Day 14 : Jalan2 sekitar Auckland. Kul 6.50pm fly back to Melbourne. Tiba di Melbourne jam 9pm. Fly ke KL jam 3.35am.
Day 15 : Tiba di KLIA jam 8.30am.

 

Summary :-

North Island
1. Matamata adalah sebuah pekan yg menarik. Berbaloi untuk menginap satu malam sebelum ke Hobbiton esok pagi.
2. The Hobbiton Movie Set tour adalah sangat sangat sangat berbaloi untuk semua golongan manusia. Tu pendapat aku lah.
3. Agrodome Farm Show, bagi aku ok kalau tak gi pun takpe. Tapi Farm Tour wajib pegi. Boleh bagi makan kambing dan lembu ternakan, bergambar sambil pegang kambing semua. Tapi kalau amik dua2 show & tour, combo price $62. Murah drpd ambil satu-satu.
4. Rotorua sebuah bandar yg biasa2 saja bagi aku.
5. Redwoods park di Rotorua juga menarik. Pokok2 redwood pine yg besar2.
6. Kalau ada masa, boleh berkunjung ke Huka Falls, satu jam dari Rotorua. Bagi aku, kalau next time aku ke NZ, aku tak perlu gi Huka Falls dah. Nothing much. Sekali gi je cukup.
7. Hamilton. Bandar yg lagi besar drpd Rotorua. Aku just singgah nak lunch kat Centre Place dia je. Makan Kebab on Queen.
8. Oh ya, aku sewa kereta dengan Jucy di North Island selama 48 hours. Kereta Nissan Tiida/Latio. Kereta ni ringan sangat bila drive kat highway steering mcm ke kiri dan ke kanan. Angin kuat. Next time aku mungkin nak elak sewa kereta ni. Cuma minyak memang jimat. Total spent on petrol adalah $70 sahaja untuk perjalanan sepanjang 700km seperti itenary yg disebutkan di atas.
South Island
9. Christchurch – Geraldine. Tak sempat nak gi museum dia. Bandar yg menarik juga.
10. Lake Tekapo. Personally yg cantiknya cuma Church of Good Shepperd tu je. Tapi masa aku gi tu langit mendung je. Nothing much here.
11. Lake Pukaki. Pun nothing much. Cuma view Lake Pukaki ni lagi menarik drpd Lake Tekapo.
12. Aoraki/Mt Cook National Park. SUPERB VIEW. Tu je aku dapat gambarkan. Memang wajib gi Mt Cook nih. Especially trekking di Hooker Valley Track. Lepas trekking 60 – 90 minit, view yang disaksikan cantik gilaaaaa. Aku menginap di YHA Mt Cook sebab paling murah kat situ.
13. Breakfast kat Twizel. Nothing much juga.
14. Singgah di Elephant Rocks, tempat penggambaran filem Narnia. Seronok ambil gambar kat sini. Dengan langit biru, semua gambar cantik. Aku spend masa kat sini dlm sejam je.
15. Moeraki Boulders. Frankly speaking, kalau korang datang time laut tengah surut, nothing much here. Melainkan kalau datang time laut tengah pasang, dengan kamera DSLR set kepada low shutter mode, gambar memang menarik gila.
16. Dunedin. Very English town. Rasa mcm kat UK plak. Aku sempat gi Dunedin Railway Station dan Tunnel Beach. Perjalanan ke Tunnel Beach tu mengambil masa selama 45 minit drpd carpark. 45 minit tu menurun bukit. Bila nak ke carpark, hamik kau, mendaki bukit selama 45 minit balik. Hahaha.
17. Nugget Point Lighthouse . Aku gi sini semata-mata nak snap gambar je. Tapi langit kurang biru. Kira cukup syarat je. View sangat menarik kalau sunrise dan sunset.
18. Purakaunui Falls. Air Terjun bertingkat yang aku ingatkan besar, rupanya kecik je. Tapi sangat cantik.
19. Invercargill. Bandar besar. Laluan kami untuk ke Te Anau. Lunch di sini je. Takde gi mana2 pun.
20. Te Anau. Tempat persinggahan untuk ke Milford Sound. Takde benda sangat. Lagipun drpd Invercargill sampai la ke Te Anau ni hujan je tak henti-henti. Sampai la ke esok pagi.
21. Milford Sound. Perjalanan ke Milford Sound selama 2 jam sangat superb. Tapi disebabkan hujan je sepanjang malam, jalan ditutup sejak jam 9 malam sampai 8.15 pagi. Aku yg pertama sampai di bahagian jalan yg tutup tu. So tunggu la dalam sejam, pastu 8.15 pagi baru buka. Nasib baik sempat naik first cruise at 9.15am. Milford Sound memang sangat superb. Taktau nak kata apa. Memang wajib pergi. Tapi aku rekemen kalau nak gi, baik amik cruise dalam kul 12pm ke atas, lebih cantik. Perjalanan balik ke Te Anau lagi menarik, terutamanya bila mendaki sebelum masuk Hommer Tunnel. Fuhhh..
22. Queenstown. Aku dok 3 malam di sini. Tu pun rasa macam tak cukup. Gi Glenorchy, Arrowtown, ride Kawarau Jet, Skyline Gondola & Luge dan lain2. Memang betul orang kata, kalau nak beli souvenir, the cheapest is at DF Souvenir Queenstown. Kalau korang gi memana sblm gi Queenstown, tahan dulu nafsu shopping tu. Tunggu di Queenstown baru beli. Dan juga kalau nak beli barangan All Blacks, pun beli kat DF Souvenir. Tapi masa aku nak balik KL, rupanya airport Auckland lagi murah barangan All Blacks. Huhuhu…
23. Queenstown ni aku dok kat Shotover Top 10 Holiday Park. Dalam 5-6km from central Queenstown. Memang jauh gak la tapi parking banyak dan free. Queenstown ni sebenarnya parking masalah gak walaupun non-peak. Ada yg 30 minit je bleh park, ada yg 120 minit. Tapi aku dah jumpa underground parking (Wilson) kat bawah Queenstown Mall, max per day $10. So kitorang park je situ bila ada aktiviti.
24. Queenstown – Wanaka. On the way ke Wanaka, singgah Cardrona Hotel untuk snap gambar. Tu je. Tapi perjalanan guna Crown Range Road memang cantik drpd guna jalan Cromwell yg lagi jauh untuk ke Wanaka. Wanaka aku singgah Puzzling World untuk snap gambar je. Macam tak berbaloi je masuk. Cumanya fun untuk families with kids. Lunch di depan tasik Wanaka, ada kedai Turkish Delights. Besar gila kebab dan burger. Harga pun ok je.
25. Wanaka – Fox Glacier. Perjalanan ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. Lalu Mount Aspiring dan Hasst Pass. Bila lalu jalan ni teringat Malaysia. Fox Glacier takde benda kecuali glacier tu je.

26. Fox Glacier – Greymouth. Perjalanan yg biasa. Greymouth pun takde benda. Sebenarnya aku dah book di Greymouth Top 10 Holiday park, dah bayar dah pun, tapi kitorang decide untuk proceed terus ke Christchurch sebab Greymouth tu mcm takde benda. Patutnya kitorang ke Punakaiki untuk tgk Pancake Rocks tapi mcm malas. Hahaha.
27. Greymouth – Christchurch. Melalui Arthur’s Pass. Menarik gila view. Singgah di Castle Rocks, batu2 mcm elephant rocks. Menarik amik gambar.
28. Christchurch. Kami beli chocolate whittakers banyak2 di Pak n Save. Murah gila. $3.50 je dlm RM10 untuk 250gm bar. Kami dok di Amber Kiwi holiday park, lagi murah drpd Top 10. $80 dapat bilik yg ada toilet sekali dan perkakas untuk memasak. Kitchen pun sebelah bilik je. Esoknya kami ingat nak gi Akaroa tapi masing2 penat nak drive. So takde rezeki nak gi Akaroa. Lagipun flight ke Auckland 8pm. Di Christchurch kami gi Restart Mall dan sekitarnya je. Pastu gi DressSmart Outlet.
29. Auckland. Kami tiba di Base Backpackers Auckland jam 11 malam. Ramai gila orang. Tetiba jadi sesak mata. Since kami lapar, lepas check in terus gi cari makan di sepanjang Queen St tu. Nasib baik kebab buka sampai kul 1 pagi. Esoknya kami jalan2 sekitar CBD dan gi Sky Tower. Auckland ni mcm kotor je. Aku dah jadi tak suka dgn Auckland dah. Flight balik kul kul 6.50pm. So by 2pm kitorang dah bergerak ke airport sebab boring punya pasal. Oh ya, kitorang pergi balik airport guna Discount Taxi je. $35 – $40 sehala. Kalau naik bas, nak sampai pun sejam dan harga $16 per person.

 
Tips :-
1. Pengajaran dan pengalaman drpd trip ni, West Coast TAK PAYAH PERGI pun takpe. Boring weh. Patutnya aku stay lagi kat Queenstown dan terus gi Christchurch.

2. Sebagai first timer, memang kita akan berhati-hati dengan buat booking awal2 untuk tempat tinggal. Tapi bila aku gi sana, aku rasa mcm terikat dengan segala hotel bookings. Lagipun non peak ni, penginapan jangan risau. Sentiasa ada kosong. Cuma di Mt Cook tu, kena booking awal2 sebab yg murah2 selalu penuh. Next time aku rasa kalau aku gi NZ, aku akan booking tempat2 yg penuh je supaya aku ada kebebasan untuk ke mana-mana.

3. Untuk aktiviti di Queenstown, guna website www.bookme.co.nz untuk bayar segala aktiviti yg ada di Queenstown. Walaupun takde semuanya tapi yg popular selalunya ada dan jauh lebih murah drpd beli direct. Boleh juga beli di ejen2 aktiviti di bandar Queenstown tu.

4. Untuk segala cenderahati/souvenir, beli di DF Souvenir, Queenstown Mall. Kecuali kalau takde kat situ, beli je kat tempat lain. Kedai souvenir banyak gila di Queenstown. DF Souvenir ni sangat senang untuk cari. You won’t miss it.

5. Aku rasa kalau next time aku gi NZ, aku akan terus ke Queenstown dari Melbourne/Sydney dan bermalam di Queenstown selama 5 hari 4 malam. Sebab dari situ boleh ke mana-mana.

6. Milford sound adalah wajib untuk pergi. Tak perlu rasa ragu-ragu. Kalau boleh gi cruise lepas kul 12pm. Aku naik Jucy Cruise. Biasa2 je tapi deck besar dan tak ramai. Next time nak naik Mitre Peak or Milford Cruise or Real Journeys.

7. Mt Cook National Park wajib pegi. Aku rasa perjalanan ke Mt Cook ni la paling aku banyak stop untuk amik gambar. Pastu trekking di Hooker Valley tu memang sangat superb view sana. Cuma di sini tiada supermarket, kalau nak beli pun beli di kaunter reception tempat tinggal tu je. Make sure korang dah beli siap2 makanan dan masak di situ. Restoran yg ada pun kat hotel2 kot.

Total distance travelled in KM : 3,300km (700km kat North Island, 2,600km kat South Island)
Total petrol paid : NZD$230 je untuk 3300km tu.

Ok lah, nanti aku update dengan detail lagi mengikut hari. Banyak kerja ni. In the meantime, enjoy these pictures :

DSC_1307

Hobbiton Movie Set

DSC_1339

Bilbo Baggin’s House

DSC_1398

The Shire

 

DSC_1395

Dalam Hobbiton punya Pub

DSC_1716

LOTR at Mt Cook…

 

IMG_2661

This is Hooker Valley

13 thoughts on “New Zealand Trip – Sneak Preview

  1. AS salam En, saya akan ke nz pd hjg nov ini dan menginap base backpacker auckland. Dlm blog En kata pgi balik airport naik discount taxi d35, bole saya tau En booking dulu ke?
    Atau email ke? Mohon bantuan dan terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Zanariyah.

      Maaf lambat reply. Saya terlupa yang saya kena approve komen ni dulu. Hehe.

      Pasal discounttaxi tu, ya saya booking dulu through website dia di http://discounttaxis.co.nz/
      Depending pada timing, paling murah adalah $35 sehala. Masa balik ke airport dari auckland pula $40.

  2. assalamualaikum ..haii…terpesona dgn gambar2 kat NZ dlm blog ni… & thank you for good tips & sharing…
    NZ ni mmg tmpt yg sy idamkan utk pergi…harap2 sy dpt pergi ke sini 1 hari nti 🙂

  3. Waa’alaikumussalam Ayu.

    Terima kasih kerana melawat blog saya. maaf lambat reply sebab agak sibuk. Semoga segala maklumat dalam ni memberi manfaat ya.

  4. hye assalamualaikum cik,
    sy akn ke NZ bulan august ni.. so far dah book all acomendation. mcm cik ckp hotel tu if walk in is better kn, supaya x trikat. tp klau walk in untuk room rate yg rendah.. dlm 35nzd mcm tu x full ke nanti? sbb if dlm booking.com pon tgk mcm high demand. dan sy nk mintakcadangan, jika sy nk mnginap antara lake tekapo dgn mngnp d mt cook mna lbih baik?
    dan untuk trip ke auckland.. singahan ke auckland shja, jika dlm 1hri cukup tak atau sy plu msa jgk tuk spend di town auckland? trima kasih

  5. salam cik,
    mf ingin brtanya memndngkn sy akn ke NZ in august ,
    most of sy punya accomndation sy dh book. but if let said sy just walk in tuk hotel, mcm tuk hotel yg murah2 tu senang ke nk cri nanti? x full ke? sbb klau tgok kt booking.com pon mcm high demand.
    dan sy nk mntk cdgn, antara brmlm ni lake tekapo dgn brmlm di mt cook lodge, yg mna lbih mnarik?
    dan jika sy nk sty in auckland if 1day only in auckland cbd memadai x? atau beter spend 2-3mlm jgk kt sna?

  6. mf ingin brtanya memndngkn sy akn ke NZ bulan november(12-21)
    Saya belum book accomndation lagi. but if let said sy just walk in tuk hotel, mcm tuk hotel yg murah2 tu senang ke nk cri nanti? x full ke? sbb klau tgok kt booking.com pon mcm high demand.
    dan.Saya nak ambil flight pukul 8 pm ke Christchurch elok terus sewa kereta atau sewa mulai besok paginya.
    Saya nak tanya base backpacker auckland ini ok tak untuk saya suami&isteri.

  7. salam.

    same questions mcm nur eliani kat atas. saya and kawan (2 org perempuan trip) akan ke south island in july. so mid winter, not peak season kan? so is it really safe utk walk in hostels, sbb saya belum book any accommodations yet. especially at mount cook. and the idea of not terikat to any hostels, no rushing2 tu sgt tempting. and since we are in really2 tight budget, yg murah2 pun usually dorm style mcm tu.. safe ke utk kami berdua menginap mcm tu, or we really need the 2-bed private cabin etc?

    your reply is really appreciated. thank you!

    • Salam Anis,

      Yes, mid july memang bukan peak season. Should be tak ramai orang.

      My answer to your questions on accommodation tu, to be safe, make a booking je terus. For Mt Cook, you have to book in advance sebab selalu penuh eventhough non peak season.

      Or if you taknak booking pun, just book accommodations based on popular locations. Especially yg backpackers lodge ni memang sentiasa ramai orang. The one yg i kata tak perlu booking tu macam cabins/studio/motels. So tempat yg agak2 kurang popular, boleh je walk in.

      Or the best way to know whether you need to make a booking or not, just email to the backpackers lodge u intend to stay. Ask about the probability of their place to be full house or not during your stay. I dulu before make a booking, i akan email macam tu. Kadang2 ada je yg baik hati boleh booking pakai email camtu je without paying anything. Just need to reconfirm at least 2-3 days before sampai.

      For me, dorm memang selamat even for women. Ask about bed lockers just in case. Dulu masa kitorang gi, ingatkan kitorang je yg macam sengkek. Rupanya ramai lagi yang sengkek drpd kitorang. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *