New Zealand Trip : Day 10 – Queenstown – Arrowtown – Queenstown

Monday, 19 October 2015

Selamat pagi Queenstown! Pagi ni bermalasan di dalam bilik dulu. Jam 9 pagi baru keluar untuk ke Arrowtown sekitar 20 minit perjalanan. Jam 9.20am kami tiba di Arrowtown dan terus cari tempat breakfast. Rupanya Patagonia Cafe tu ada di sana, kami pun breakfast situ. Churros belum siap, maka kami order Fresh Bread dan juga Dark Hot Chocolate yg sedap gila tu. Sampai je Fresh Bread tu, terus ternganga, 8 keping roti untuk seorang?. Dah la order sorang satu. Kami pun perlahan-lahan makan sampai habis. Pheewww.

Breakfast @ Patagonia Chocolates Cafe

Breakfast @ Patagonia Chocolates Cafe

Yang ni set breakfast tu. Berlambak

Yang ni set breakfast tu. Berlambak

Menu di Patagonia Chocolates

Menu di Patagonia Chocolates

Lepas breakfast, kami pun berjalan-jalan di pekan kecil Arrowtown. Sejarah pekan Arrowtown ni saya agak kurang jelas cuma yang tau Arrowtown ni terkenal dengan gold mining. Boleh refer sejarah di sini “Sejarah Arrowtown“. Kat sini ada satu je main street yang tak sampai 300 meter pun. Bangunan dia memang old school dan sangat menarik. Post office dia pun cool. Kebanyakan orang di sini macam orang2 tua je. Yang bekerja kat post office tu pun dah berumur. Oh ya, bila dah jumpa post office ni, kami keluarkan postcard yang dibeli di DF souvenirs semalam untuk dihantar ke alamat rumah kami di Malaysia. Hahaha. Dan ada postcard yang di hantar ke rumah kawan2. Stamp berharga $2 je. (Dan postcard tu sampai di rumah seminggu selepas kami tiba di KL).

Kami pun teruskan berjalan-jalan di pekan Arrowtown. Souvenir agak mahal di sini berbanding di DF Souvenirs. Jadi kami setakat window shopping je dan ambil gambar bangunan di sekitar pekan.

Arrowtown Information

Arrowtown Information

Pekan Arrowtown

Pekan Arrowtown

Arrowtown's Post Office

Arrowtown’s Post Office

Red postbox

Red postbox

Salah satu hotel di Arrowtown

Macam pekan koboi

Macam pekan koboi

 

Around 11.30 pagi, kami bertolak ke pekan Queenstown semula. Since semalam kami rasa sideways parking ni agak melecehkan kerana maksimum 2 jam je parking, kami terjumpa ada parking underground kat bawah Queenstown mall. Wilson Parking namanya. Rate hourly $1. Tapi kalau masuk before 10am, dan keluar between 2pm – 7pm, $5 je flat rate. Maksimum rate pula $10 per day. Kalau camni baru senang nak budget. So kami parking je kat situ sebab jetboat kami jam 3pm.

Selepas parking, kami round2 sekitar tasik Wakatipu. Walaupun terasa kenyang lagi, kami terus lunch di McD sebab kalau lunch lepas tu terus jetboat, kang ada yg muntah pulak. Lepas lunch, kami tengok2 TSS Earnslaw, macam nak naik tapi terlalu ramai orang2. Lagi satu kami tengok Million Dollar Cruise tapi timing tak kena dengan kami. Maka melepaslah dua-dua cruise untuk menyusuri Lake Wakatipu. Dah puas berjalan, kami singgah jap di Patagonia Chocolates cafe lagi. Hahaha. Kali ni kami nak try dark chocolate ice cream dia. Perghhhh, sedap gila. Wajib try.

Patagonia Dark Chocolate Ice Cream

Patagonia Dark Chocolate Ice Cream

 

Selepas berjalan-jalan, maka tiba masa untuk menaiki Jet Boat! Kami pilih Kawarau Jet Boat atau lebih dikenali sebagai K-Jet. Harga sebenar $145 seorang, tapi kami beli online through Bookme.co.nz, kami dapat $85 seorang. Excited gila naik jetboat nih. Sebelum menaiki boat, kami diminta untuk tinggalkan segala beg di tempat simpanan mereka. Kami hanya boleh bawa camera sahaja. Maka tepat jam 3pm, jetboat mula menyusuri Lake Wakatipu dan terus ke Kawarau river. Best gila bak hang! Siap pusing2 360. Jetboat ni melewati sungai2 kecil (takde la kecik mana pun) dan kemudian patah balik ke Lake Wakatipu.

TSS Earnslaw...melepas

TSS Earnslaw…melepas

 

Selepas 2 jam, kami pun docking di jeti K-Jet. Agak happy juga la kerana sehari sebelum jetboat ni, kami terdengar daripada salah seorang travel agent di pekan Queenstown tu yang mengatakan K-Jet kurang best. So bila kami dah mencuba K-Jet ni, kami rasa kami faham kot apa yang dimaksudkan. Untuk sesetengah orang, mungkin enjoy kot. Tapi aku ni jenis adventurous dan nak expect lebih lagi. Tapi takpe la kan, at least dah merasa naik jetboat. Kalau korang tanya jetboat mana yg best, next time kalau datang lagi ke sini, aku nak cuba Gold Field Jet pula.

On K-Jet

On K-Jet

Jetboat driver tengah bagi briefing kat tengah-tengah sungai

Jetboat driver tengah bagi briefing kat tengah-tengah sungai

Tu dia Jetboat yang kami naik

Tu dia Jetboat yang kami naik

Selepas jetboat, ketika itu sekitar jam 5pm, kami pun jalan-jalan dan mencari souvenir lagi. Last minute shopping kerana hari ni malam terakhir kami di Queenstown. Awal pagi esok dah nak ke tempat lain. Kami pun terus ke DF Souvenir. Jumpa lagi amoi Malaysia tu dan kami bergambar dengan dia sebelum kami pulang.

Our fellow Malaysian working in DF Souvenir

Our fellow Malaysian working in DF Souvenir

 

Jam 7pm, kami bergerak ke motel untuk masak dan berkemas. Maka tamatlah segala aktiviti kami di Queenstown. I must say, Queenstown is the best place to be on earth! InsyaAllah akan berkunjung ke Queenstown semula dan kali ni nak bawa family. Mesti syok! Mengenai hari ketiga kami di Queenstown ni, tak dapat lakukan banyak aktiviti kerana timing tak kena. InsyaAllah, next time nak betul2 ikut timing diorang supaya setiap masa diisikan dengan aktiviti yang best.

Looking forward for Day 11. A long haul drive from Queenstown – Franz Josef Glacier via Wanaka.

6 thoughts on “New Zealand Trip : Day 10 – Queenstown – Arrowtown – Queenstown

  1. Dear Irwandy,
    Saya suka baca blog awak. Please update day 11 till you back to Malaysia dan minta perincikan perjalanan hari akhir sebelum ke airport. Saya dan kengkawan nak ikut your itenary untuk trip kami pada November 2017 ini.

    Thanks so much for your detailed info.

    • Salam Wawa,

      Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Maaf la sebab lama tak update. Saya tengah kekeringan idea dan juga busy dengan kerja. InsyaAllah saya akan update dalam masa terdekat nanti ya.

      Kalau ada apa2 pertanyaan pasal NZ, boleh email saya direct di irwandy@gmail.com
      Kat situ saya akan jawab lebih cepat.

  2. Salam,

    Thank you sudi share tips and experience travel ke NZ. Jalan cerita mmg awesome hehe. Btw, saya mungkin akan refer blog awak juga untuk travel ke NZ bulan july nanti. However, saya harap awak dapat ceritakan sedikit perjalanan from queenstown ke christchurch melalui fox glacier dan arthur’s pass sebab saya plan nak drive kat sana.

    Thank you so much πŸ™‚

  3. Saya dgn family akan pegi 2 minggu lagi😍 Tgh update iternary..seronok baca blog ni.. plan utk gi milford sound pun pagi2..hrp2 ank2 dpt bgn awl n xde mslh spjg perjalanan kan..tq ats penulisan ni

    • Hai Sue,

      Terima kasih kerana melawat blog saya. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *