New Zealand Trip : Day 5

Wednesday, 14 October 2015

Hari kelima kami travel ke New Zealand. Kami berada di Top 10 Holiday Park Meadow St di Christchurch. Sungguh sejuk pagi tu. Kami bangun awal untuk bertolak ke Aoraki/Mt Cook National Park melalui Geraldine – Lake Tekapo – Lake Pukaki. Selepas breakfast (nasi goreng brahims je), jam 8 pagi kami pun memulakan perjalanan.

 

On our way to Lake Tekapo

Menyusuri jalan di South Island ini sangat berbeza berbanding dengan perjalanan di North Island. South Island indah belaka. Perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo mengambil masa sekitar 2 jam 45 minit atau 235km. Sepanjang perjalanan tu sikit pun kami tak penat. Kami singgah di pekan kecil Geraldine sebentar untuk berehat dan explore apa yang ada di sana. Pada mulanya ingin melawat muzium kereta-kereta lama tapi kami malas buang masa. Jadi kami teruskan perjalanan ke Lake Tekapo. Kami tiba di Lake Tekapo sekitar jam 11 pagi. Kami parking di Church of Good Shepherd, iaitu sebuah gereja yang popular untuk para fotografer yang terletak betul2 di tepi Lake Tekapo. Kami spend time di sini kira-kira sejam untuk mengambil gambar dan persekitarannya. Mereka kata kalau musim panas (middle of November – February), akan ada bunga Lupins berwarna ungu yang cantik-cantik. Tapi malangnya masa tu mendung dan tiada bunga Lupins. Gambar kami pun mendung je.

 

Church of Good Shepherd, Lake Tekapo

 

Cookie Monster pun nak posing kat Church ni…hahaha

 

LOTR : The Fellowship of The Ring Wuz Here!…hahaha

 

Jam 12pm, kami mula lapar dan singgah di kedai makan di Lake Tekapo. Order Fish & Chips dan hot chocolate. Enak sungguh hot chocolate dengan cuaca sejuk camtu. Nikmat. Fish & Chips tu biasa2 je. Harga pun dalam NZD$8.00. Lepas lunch, kami pun terus memulakan perjalanan ke Lake Pukaki pula. Kami tiba di Lake Pukaki kira-kira sejam kemudian. Lake Pukaki ni sungguh cantik. Tapi masa tu waktu tengahari, jadi gambar pun kurang menarik. Selepas mengambil beberapa gambar, kami bertolak terus ke Aoraki Mt Cook National Park yang mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan atau 45km. Perjalanan dari Lake Pukaki tu dah boleh nampak Mt Cook sambil menyusuri Lake Pukaki. Sepanjang perjalanan ni kami banyak kali berhenti untuk mengambil gambar dengan background Mt Cook. Cantik sungguh.

 

Lake Pukaki with Mt Cook as the background

 

We are here!

Kami tiba di Aoraki Mt Cook National Park sekitar jam 3.00pm. Kami terus ke YHA Mt Cook Backpackers lodge untuk check-in. YHA lodge ni merupakan bilik yang paling murah yang kami dapatkan. NZD$92 untuk private cabin with shared shower/toilet/kitchen. Cabin kitorang tu memang kecik, cuma ada bunk bed untuk 2 orang. Muat-muat untuk letak beg kami. Kalau untuk family, it’s a big NO. Baik spend lebih sikit untuk dapatkan studio room di motel di sekitar tempat tu yang lagi besar dan selesa. Kami pun bersiap-siap untuk ke Hooker Valley track yang berdekat dengan YHA lodge ni.

Kami drive ke White Horse Hill campsite untuk parking dan memulakan trekking dari situ. White Horse Hill campsite ni adalah tempat untuk motorhomes/campervans/campers untuk overnight. Luas juga tempat ni. Ok, Hooker Valley track ni sebenarnya trekking agak jauh. Kalau nak cover keseluruhan track ni mengambil masa 3 jam lebih (return). Tapi kami setakat mengambil masa dalam 2 jam je sebab hari dah nak gelap masa tu. Itu pun kami dapat saksikan keindahan alam semulajadi berlatarbelakangkan Mt Cook. Lawa gila. Breathtaking views. Sangat berbaloi untuk berjalan ke dalam tu. Highly recommended and a must do!

Hooker Valley, Mt Cook National Park

Pada jam 7pm, kami pun pulang ke YHA lodge dan mula memasak untuk dinner. Dapur pulak penuh dengan penghuni lain. Terpaksa tunggu kejap untuk tiba giliran. Kami tak beli apa2 bahan pun, jadi kami hanya makan nasi goreng brahims (lagi sekali??) dan buat telur mata. Cukup la tu. Hahaha. Since malam masih panjang, dalam cuaca yang sejuk gila belah malam tu, kami lepak luar lodge tu untuk cuba ambil gambar bintang-bintang di langit. Dalam omputih kata “Stargazing”. Dapat la few shots untuk amatur macam kami. Lepas tu apa lagi, tidur daaa. Nantikan Day 6 kami pula nanti!

 

Stargazing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *