New Zealand Trip : Day 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Sorry dah berbulan tak sambung dan update kisah trip NZ aku ni. Maklumlah, busy masuk rumah baru, macam2 nak fikir dan wife pula tengah pregnant 7 bulan, pastu banyak spend time dengan anak. Kerja pun berlambak. Ok kita sambung semula kisah NZ ni.

 

Tuesday, 13 October 2015

Hari keempat traveling dan hari ketiga di NZ. Kami bangun agak awal hari ni. Pagi2 dah prepare breakfast nasi goreng kampung Brahim’s tu. Rebus je dalam air pastu makan. Hari ini kami akan tinggalkan bandar Rotorua. Kami checkout sebelum jam 8 pagi. Lobby Top 10 Holiday Park Rotorua ni pula dibuka selepas jam 8 pagi. Maka kami hanya masukkan kunci ke dalam lubang yang disediakan untuk checkout. Destinasi pertama kami pagi ini adalah ke The Redwoods, Whakarewarewa Forest, Rotorua. Ianya terletak kira-kira 10 minit je dari tempat penginapan kami. The Redwoods ni merupakan hutan yang pokok kayunya berwarna merah. Kami spend time di sini dalam sejam untuk berjalan dan mengambil gambar.

 

 

The Redwoods, Rotorua
The Redwoods, Rotorua

Tips di The Redwoods : Nanti ada simpang ke The Redwoods ni. Dari simpang tu dah nampak pokok2 merah dah. Tapi jangan parking di situ. Masuk dalam lagi sampai jumpa mcm i-Site diorang. Park kat situ dan jalan di sekeliling tu.

 

Jam 9 pagi tepat kami bergerak pula ke Huka Falls, Taupo yang terletak dalam 80km atau 1 jam perjalanan. Tepat jam 10 pagi kami pun tiba di perkarangan parking Huka Falls. Dari carpark tu je dah dengar bunyi air yang kuat.

Nothing much pun kat Huka Falls ni. Ada naik cruise/jet boat tapi macam tak berbaloi je. Selepas sejam berada di Huka Falls, kami pada mulanya ingin ke bandar Taupo, tetapi memandangkan flight kami ke Christchurch dari Auckland berlepas jam 6.55pm, kami hanya ada lebih kurang 5-6 jam untuk check-in, lalu kami ambil keputusan untuk terus ke Auckland melalui bandar Hamilton. Kalau boleh kami juga mahu ke Waitomo Glow Worm Cave yang terletak di Waitomo yang sedikit terpesong dari perjalanan kami, tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan.

Kami pun bertolak ke Hamilton dari Huka Falls pada jam 11.15 pagi. Perjalanan ke Hamilton mengambil masa lebih kurang 2 jam sejauh 150km. Sekitar jam 1pm kami pun tiba di bandar Hamilton. Hamilton merupakan bandar ketiga terbesar di North Island selepas Auckland dan Wellington. Hamilton juga mempunyai penduduk Muslim paling ramai di New Zealand. Jadi kami fikir mungkin tiada masalah untuk mencari makanan halal di Hamilton.

Setibanya di bandar Hamilton, kami hanya menyusuri jalan ke pusat bandar, lalu terserempak dengan Harvey Norman Outlet yang menjual barangan diskaun. Shopping situ jap. Kemudian kami terus ke pusat bandar untuk mencari makanan halal. Terjumpa pula Centre Place mall yang ada jual kebab bernama Kebab on Queen’s. Kami pun lunch di situ je. Selepas lunch, kami berjalan-jalan di sekitar mall dan luar mall. Tepat jam 2.30pm, kami mula bergerak ke Auckland Airport.

Kami tiba di Auckland Airport sekitar jam 4pm. Awal pula masa tu. Kami terus ke Jucy Rentals untuk mengembalikan kereta yang disewa. Sebelum kembalikan kereta, kena isi minyak full tank ya. Setelah selesai dengan semuanya, kami dihantar ke Domestic Terminal Auckland Airport oleh Jucy dengan shuttle nya.

Di Domestic terminal ni takde apa sangat pun. Masa tu baru jam 4.30pm. Kami hanya boleh check-in jap 5pm. Nak taknak, kami terpaksa belasah Fillet’O’Fish kat McD je untuk alas perut sementara tunggu nak check-in. Pada jam 5pm, kami pun terus check-in di kaunter JetStar. First time naik JetStar ni. Tiket yang kami beli sebulan sebelum berlepas pun NZD$150 return untuk seorang. Kira ok la tu. Jam 5.30pm kami pun masuk ke ruang berlepas. Kecik je rupanya airport ni. Tepat jam 6.40pm kami pun dipanggil untuk boarding dan berlepas jam 7pm.

Kami tiba di Christchurch jam 8.30pm. Dah ambil beg semua kami terus call shuttle Sudima Hotel. Untuk pengetahuan korang semua, kami menyewa sebuah kereta Toyota Corolla Altis dari Go Rentals. Go Rentals ni hanya dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Since kami ni tiba di luar waktu bekerja, prosedur Go Rentals ni adalah dengan meletakkan kereta dan documentations di Sudima Hotel yang terletak 2 minit dari Christchurch Airport. Sebab tu shuttle Sudima Hotel yang mengambil kami. Prosedur ni free je. No extra charge. Sesetengah rental car company akan charge customer kalau ambil kereta di luar waktu pejabat. So kena hati-hati.

Setelah proses dokumentasi selesai, mereka menunjukkan kereta yang kami sewa. Wow, nice car. Nampak dijaga dengan baik walaupun dah 6-8 tahun umurnya. Harganya pun takde la mahal sangat, cuma dalam NZD$33 sehari, belum masuk dengan insurance peace of mind lagi. Kira ok la tu. Jadi kami terus ke Christchurch Top 10 Holiday Park Meadow St yang terletak dalam 20 minit dari Christchurch Airport.

Di Top 10 lodge ni, kami pilih Deluxe Standard je dalam NZD$78 semalam. Semuanya complete kecuali kena guna communal/shared toilet/bathroom dan juga kitchen. Sekadar untuk menginap satu malam sebelum bergerak keesokan pagi je pun. Tempat tidurnya pun selesa dan sejukkkkkk. Tetiba perut lapar dan kami pun masak ala kadar je. Nasi goreng brahims yang direbus. 10 minit siap. Lepas makan terus tidur.

Esok pagi-pagi kami akan bergerak ke Mt Cook National Park melalui Geraldine – Lake Tekapo – Lake Pukaki sejauh 333km atau 4 jam perjalanan.

End of Day 4…

 

 

4 comments Add yours
  1. Teruskan menulis.. good info sharing untuk kami yg belum ke sana lagi dan tengah berkira2 bajet itu ini. T.kasih..

  2. Sambungan entry lagi ? Sangat menarik dan berguna. Saya da beli tiket flight air asia x . InsyaAllah akn ke sana august 2017.Musim winter. Tpi 12 hari je bole cover. Masih memikir route mana yang nak dipilih. Teruskan menulis. Hooker valley tu sng x nak jumpa route dia? Nk kene study jalan dia nak masuk tu dri mana ye sng? Sbb teringin nk ke sana. Terima kasih. nabihahhannan238@gmail.com

    1. Hi Biha,

      Terima kasih kerana melawat blog saya. Saya baru sambung entry Day 7 hari ni. Silakan untuk membaca.

      Anyway, u nak gi musim winter, Hooker Valley tu is a must go sebab cantik.
      12 hari tu termasuk traveling day ke? Ok nanti saya email ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *