New Zealand Trip : Day 3

Monday, 12 October 2015

Hari ketiga travelling. Kami kena berada di Hobbiton jam 8.45 pagi sebab tour starts at 9.15am. Tapi kami terlajak tidur dan bangun jam 8 pagi disebabkan alarm clock bunyi sekali je. Kami lupa nak set 2-3 kali. Nasib baik aku terbangun kul 8. Apa lagi terus mandi kambing (sejuk punya pasal) dan bersiap ala kadar dan kemas beg masuk dalam kereta. Since aku dah prepare siap2 sandwich telur malam semalam, pagi ni aku just sapu kat roti dan makan. Itu je la breakfast kitorang. Tepat jam 8.30am, kami bertolak ke The Hobbiton Movie Set Tours. Perjalanan dari motel ke Hobbiton ni dalam 16km atau 10-15 minit je. Jam 8.45am dah sampai. Phheewww…on schedule.

 

Tour bus

Tour bus

 

The Shire's Rest area. Cafe, tickets and souvenirs

The Shire’s Rest area. Cafe, tickets and souvenirs

 

Jam 9.10am kami semua dikehendaki menaiki bas dan jam 9.15am dah bergerak. Mula-mula perjalanan menyusuri farm kepunyaan Alexander family. Selepas 5 minit, kami tiba di tempat yang perlu kami turun untuk memulakan tour. Ketika itu ada sekitar 12 pelawat termasuk kami. Semua dah excited. Kami pun memulakan tour dengan menyusuri denai dan terus ternampak view “The Shire”.

DSC_1295

The Shire

 

DSC_1302

 

DSC_1304

 

DSC_1307

 

DSC_1311

 

DSC_1339

Rumah Bilbo Baggins

DSC_1356

DSC_1372

DSC_1390

DSC_1395

DSC_1399

 

Tour kami tamat sekitar jam 11.15am, atau lebih kurang 2 jam. Kami di bawa ke The Shire’s Rest Area dengan bas tadi. Di situ juga terdapat kedai souvenir yang membuat kami rambang mata. Hehe. Selepas membeli apa-apa yang perlu, kami bertolak ke pekan Matamata semula jam 12.00pm untuk lunch. Jam 12.15pm tiba di Matamata dan terus ke restoran jual kebab, mungkin itu satu-satunya restoan kebab yang halal di Matamata. Ianya terletak di jalan utama Matamata, berhadapan dengan i-Site Matamata yang cool. Cool kerana dibina seperti rumah Hobbit.

DSC_1429

Matamata i-Site

 

DSC_1430

 

Selepas lunch, kami terus bergerak ke Rotorua sejauh 68km. Tetapi kami akan singgah di Agrodome, iaitu tempat Agrodome Farm Show and Tour yang terkenal. Agrodome terletak sekitar 10-15km sebelum Rotorua. Kami tiba di Agrodome sekitar jam 2pm. Pelik juga bila kami tiba tiada orang lain kecuali kami. Terus kami beli tiket combo Farm show + Farm tour berharga $65 seorang. Kalau farm show sahaja harganya $33.50 dan farm tour pula harganya $47.30. Lagi berbaloi beli combo. Farm show bermula jam 2.30pm dengan mempersembahkan pelbagai jenis kambing dan juga penerangan mengenai setiap kambing tentang apa kegunaan mereka. Selepas sejam, farm show tamat dan kami mulakan farm tour jam 3.40pm. Farm tour lebih fun dan hanya kami berempat sahaja untuk tour tersebut. Puas kami bagi makan kambing dan binatang-binatang lain yang ada.

 

DSC_1431

 

DSC_1442

Agrodome Farm Show

 

DSC_1447

 

DSC_1452

 

DSC_1475

DCIM100GOPROGOPR2987.

DCIM100GOPROGOPR2996.

DCIM100GOPROGOPR3023.

 

Dalam jam 5.00pm, tour pun tamat dan kami terus bergerak ke tempat penginapan kami di Rotorua. Selepas 20 minit, kami pun tiba di Rotorua Top 10 Holiday Park. Ini pertama kali kami mencuba Top 10 Holiday Park. Semuanya bersih. Alhamdulillah. Selepas check-in, kami terus ke tengah bandar Rotorua dan ketika itu waktu menandakan sudah jam 6.00pm. Hari masih cerah kerana Maghrib jam 8.30pm. Tapi biasa la kan, lepas 6pm je memang lengang bandar Rotorua ni. Kedai pun banyak yang tutup. So kami hanya jalan-jalan di tepi Lake Rotorua.

 

A tree at Lake Rotorua, New Zealand

 

A ferry docking at Lake Rotorua, New Zealand

 

Lepas jalan-jalan sampai Maghrib, kami singgah di Pak’N’Save Rotorua untuk beli bekalan makanan. Harga coklat sangatlah murah. Tapi kami hold dulu sebab nak shopping coklat di Christchurch. Belah malam pula nothing much to do. So kami pulang ke motel untuk masak dan tido.

Entry seterusnya, New Zealand Day 4.