New Zealand Trip : Day 1 & 2

Saturday, 10 October 2015.

Travelling day!  Hari yang ditunggu telah tiba. Tiba awal di KLIA jam 12pm. Lepas check-in, terus ke Plaza Premium Lounge di Satellite Terminal KLIA. Nampak macam mewah tapi sebenarnya aku ada access 4 kali setahun untuk masuk Plaza Premium Lounge for free. Kalau tak free, kena bayar RM100++ untuk 2 jam. Dalam tu food & drinks free flow. Food pun ringan-ringan je. Tapi untuk coffee addicts memang suka la kot. Tempat duduk pun selesa. So lepak je kat situ sampai lebam. Jam 2.30pm, terus bergegas ke gate C17. Tu dia Emirates Boeing 777-300ER.

 

IMG_1968

Emirates EK408 to Melbourne

IMG_1963

 

Jam 3.15pm tak boarding lagi, katanya flight sampai lewat sikit. Tapi by 3.20pm dah start boarding. Patutnya 3.30pm bertolak. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 7 jam. Flight ni full. Itu yang dikhabarkan oleh stewardess Emirates. So memang takde ruang nak pindah ke seat yang takde orang. Duduk je kat seat, apsal rasa macam kecik nih. Macam seat AirAsia A320. Pitch size ok tapi width fail. Sebelum naik flight ni memang dah sedia maklum bahawa seating arrangement Boeing 777-300 Emirates ni 3-4-3 or 10 seats per row. Kalau carrier lain, kebanyakannya buat 2-5-2 atau 9 seats per row. Tu yang kecik rasanya. Sila rujuk www.seatguru.com.

Yang bestnya Emirates ni adalah ICE. Information, Communication, Entertainment. Movies sangat banyak. Beratus/beribu kot. Setiap bulan ada senarai movie baru. Sepanjang perjalanan ni aku layan 3 movies. Semua best.

IMG_1972

IMG_1971

 

Lepas 2 jam, baru dihidangkan makanan. Kira dinner la nih. Chicken Curry je tapi sedap la jugak. Dengan roti semua tu memang kenyang gila. Since aku tengah jaga makan, aku minum air kosong je.

IMG_1975

 

Lepas makan, sambung layan movie. Aku rasa aku tidur sejam je kot. Tup tup dah snack time, makan sandwich je. Makan dalam gelap sebab semua orang tidur.

 

Sunday, 11 October 2015

Flight touched down tepat jam 2.10am waktu Melbourne. Maka sampailah Melbourne setelah 12 tahun tak menjejakinya. Tapi transit je. Senang sungguh transit, keluar gate je terus sebelah tu International Transit gate. Dan kena transit selama 6 jam di waktu kedai semua tutup. Cisss. Kawan aku dah sampai dengan naik AirAsia X 2 jam awal. Kitorang punya flight separated sebab dia beli tiket agak lewat dan flight dah full.

Ingat nak lepak sekali tapi kawan aku masih di arrival hall dan nak check-in pun lepas kul 5 pagi. So melangok la aku sorang2 kat transit hall. Aku pun tidur kat kerusi panjang. Sampai la kul 5.30 pagi. Bangun je nampak kawan aku dari jauh. Pastu terus gi makan kat Hungry Jack’s (Burger King). Lapar gila. Melantak vege whopper burger. Dah habis makan, terus ke gate 10. Dan tu dia, Emirates Airbus A380-800. First time naik A380 nih. Excited.

IMG_1985

Emirates EK406 to Auckland

A380 ni seat economy memang luas walaupun untuk orang berbadan besar macam aku ni. Screen TV besar ditambah pula dengan movie yang banyak gila. Tapi sayangnya flight ni 3 jam je ke Auckland. Noise level pun superb. I like. Tepat jam 8.45am dah take off ke Auckland.

Screen yang besar

Screen yang besar

 

Smooth flight

Smooth flight

 

IMG_1991

Scrambled egg with sausage and hash brown for breakfast

 

First glance of New Zealand from the flight window

First glance of New Zealand from the flight window

 

Tepat jam 2.10pm waktu Auckland (2 jam ke depan daripada Melbourne dan 5 jam ke depan daripada KL), kami pun sampai di bumi Auckland, New Zealand. Alhamdulillah. Lepas ambil baggage kami terus ke customs dan biosecurity screening area untuk declare makanan yang dibawa. Nasib baik agaknya aku tak perlu buka beg dan terus ke bio-scanner utk check bag sebab bila orang biosecurity tu tanya soalan pasal makanan yang aku bawa, aku dengan confident jawab tanpa teragak-agak macam baca skrip. Kawan aku plak kena gi buka beg untuk biosecurity tengok apa dia bawa. Aku yang dah lepas ni terus keluar ke Arrival Hall. Setengah jam jugak la tunggu kawan aku tu. Dah selesai semuanya, kitorang beli traveller’s sim card from Vodafone berharga $49 atau RM142. Harga tu termasuk 3GB internet, 200 minutes of free calls (termasuk call ke Malaysia) dan 200 SMS untuk 2 bulan. Sangat berbaloi. Kedai Vodafone ni betul2 kat depan tempat keluar dari customs di International Arrival Hall. Senang je cari.

Customs declaration

Customs declaration – Biosecurity screening area

 

International Arrival Hall

International Arrival Hall

 

Tempat tunggu untuk setiap airport shuttle for any company rental car

Tempat tunggu untuk setiap airport shuttle for any rental car company

 

Seterusnya, urusan rental car dengan Jucy. Kat arrival hall tu juga ada i-Site centre. Situ ada phone free untuk call Jucy. Dail nombor 2 digit (lupa nombor apa) dan call tu akan diterima oleh Jucy untuk airport shuttle. Cakap dah sampai di International arrival hall. Maka dia akan advise suruh tunggu di pintu nombor 10 dan 11 kalau tak silap (sebelah kiri tempat keluar dari customs). 10 minit kemudian, Jucy airport shuttle pun sampai. Tak jauh pun Jucy punya office, around 5 minutes je from the airport. Yada yada yada yada, dapat kunci Nissan Tiida/Latio dan terus vrooommm menuju ke Matamata.

 

Jucy car rental office

Jucy car rental office

 

Tepat jam 3.30pm, kami bertolak dari Auckland Airport area ke Matamata, iaitu sebuah town yang terdekat untuk ke The Hobbiton Movie Tours yang terletak sekitar 150km dari Auckland atau 2 jam 10 minit perjalanan dengan kereta. Perjalanan selama 2 jam lebih seperti tidak rasa apa-apa kerana terdapat banyak view menarik di kiri dan kanan.

Salah satu view dalam perjalanan ke Matamata

 

IMG_2043

 

Sekitar jam 5.45pm, kami akhirnya tiba di Matamata. Simple town dan menarik. Kami singgah di New World Supermarket untuk beli apa-apa yang patut untuk dinner dan breakfast. Depan New World ni, ada train track yang macam menarik untuk ambil gambar. Kitorang pun bergambar kat situ. Lepas tu round2 jap di bandar Matamata. Ada satu restoran makanan halal iaitu Kebab. Waktu petang tu dah sejuk gila dan kami terus ke Tower Road Motel, tempat kami menginap untuk satu malam. Tower Road Motel ni terletak 2-3 minit dari tengah bandar Matamata dan berharga $95 satu malam untuk Studio Room yang ada toilet, 1 double bed, 1 single bed, peralatan untuk memasak, pinggan mangkuk, TV dan heater. Ownernya nama Karen, sangat peramah dan helpful. Check-in pun pantas sambil berborak-borak dengan Karen. Karen sendiri yang bawa kami ke pintu bilik dan menolong untuk membuka pintu dan check semua in order. Bagus betul. Bilik dan toilet sangat bersih.

Masuk je bilik terus baring. Baru rasa letih. Lepas masak, terus tidur. End of Day 1 & 2.

 

DSC_1277

Trek keretapi yang macam menarik tu

 

IMG_2055

Welcome to Hobbiton, MATAMATA

 

IMG_2051

Bilik di Tower Road Motel

 

IMG_2056

Kereta sewa – Nissan Tiida/Latio

 

IMG_2057

Dalam bilik

 

Kami dengan Karen, owner Tower Road. Saying goodbye as we departed to The Hobbiton.

Kami dengan Karen, owner Tower Road Motel. Saying goodbye as we departed to The Hobbiton.