New Zealand Trip : Day 13 – Christchurch – Auckland

Thursday, 22 October 2015

Selamat pagi Christchurch! Kami taktau kenapa mulai hari ke 13 di Christchurch ni, kami macam rasa penat dan bermalasan je. Dalam banyak-banyak hari kami travel di NZ ni, hari ni kami sengaja keluar lambat. Penat kot drive 8 jam semalam. Flight kami ke Auckland adalah pada jam 6.55pm petang nanti. Jadi kami ada satu hari untuk explore Christchurch.

Maka kami mulakan dengan melawat ke Re:Start Mall. Masa tu baru jam 10 pagi. Tak ramai orang. Mall ni diperbuat daripada kontena. Agak menarik untuk dilawati, cuma deretan kedainya biasa-biasa sahaja. Kami cuma masuk di kedai Champions of the World yang ada merchandise All Blacks. Oh ya, kami parking kereta di tempat yang disediakan di belakang mall, harganya $4 sejam! Kami pun nak habiskan syiling dan malas nak fikir, belasah je. Tak lama pun kami di mall tersebut, kami terus jalan-jalan ke tempat lain. Kami spot satu tempat ni namanya “The Warehouse” yang terletak di South City Shopping Centre, hanya beberapa blok daripada mall tadi. Kami pun berjalan je ke sana. Banyak juga barang-barang murah seperti baju, kasut dan lain2. Macam Mydin pun ada. Kalau bawa budak-budak kat sini memang best shopping sini.

Jam dah menunjukkan pukul 12.30pm, tadi masuk parking jam 10am, dah 2 jam setengah dah! Kami pun bergegas ke tempat parking tadi, pastu bila bayar, hamik kau, $12 untuk parking. Tapi kira ok la parking di tengah bandar. Maka kami pun kumpulkan syiling yg ada dan memang cukup2 ada $12. Hahaha. Ini la parking paling mahal kami bayar sepanjang trip di NZ ni. Takpe la, sesekali je, bukan selalu. Lepas tu kami pun round di bandar Christchurch dengan kereta dan lunch di salah satu kedai fish & chips. Dah muak gila makan fish & chips nih. Hahaha.

Bila dah jam 2pm, kami dah taktau nak pegi mana lagi. Ingat nak gi Botanical Gardens tu tapi kami kena hantar kereta sebelum jam 4pm. Takut kat taman tu nanti ambil masa yang lama pula. Kami pun decide untuk ke Dress Smart Outlet berhadapan dengan Pak N Save di Hornby. Saje nak membuang masa. Menarik juga la pakaian yang dijual dengan harga yang murah. Kebanyakannya branded clothing. Tapi tak shopping pun, just cuci mata je dan kalau next time datang NZ, takyah pegi pun takpe melainkan kalau nak shopping.

Jam 3.30pm, kami mula menuju ke depot Go Rentals untuk menghantar kereta kami ini. Tengok total mileage, 2,596.5km hanya di South Island sahaja sepanjang 10 hari. Memang berbaloi sewa kereta Toyota Corolla ni, sikit pun takde problem. Alhamdulillah. Memang Go Rentals ni sangat kami recommend kepada sesiapa yang nak menyewa kereta. Superb service. Lepas hantar kereta, kami pun terus ke airport dengan shuttle bus.

Kami bergambar di signboard “Christchurch Airport” sebagai kenangan. I’m going to miss South Island! Kami pun masuk, check in dan makan di dalam airport. Tepat jam 6.55pm, flight JetStar kami terus menuju ke Auckland. Tiba di Auckland sekitar jam 8.50pm dan terpacak di taxi stand jam 9.30pm.

Sebenarnya kali ni kami nak cuba naik teksi. Tapi bukan teksi biasa, ianya dipanggil Discount Taxi. Kena masuk website dia dan buat booking. $35 sahaja sehala. Kadang2 kena $40, tengok timing. Tapi masa tu bukan waktu puncak, tu yang murah sikit. Senang je booking, masuk website, buat booking dan pilih airport dan waktu. Tak perlu bayar online, hanya perlu bayar terus dengan driver teksi tu nanti. Kami pilih jam 9.45pm. Teksi pun dah terpacak kat situ dan terus kami naik menuju ke Auckland.

Kami menyusuri jalan di bandar Auckland pada waktu malam, masih banyak juga kereta. Masih busy. Sekitar jam 10.30pm, kami tiba di Queen Street. Malam ni kami menginap di Base Backpackers, private room with shared bathroom. Ok jugak la sini, kami naik ke lobi, masih ramai orang. Reception dibuka 24 jam. Kat sini la boleh nampak para backpackers. Dah check in, kami masuk ke bilik. Kira ok la bilik tu, not too big and not too small. Just nice. Tapi bila duduk je kat katil tu rasa gatal2 kaki. Takkan bed bug kot. Dah berehat jap, kami nak keluar cari makan. Lapar kot.

Mujur la Base Backpackers ni betul2 kat central Auckland. Queen Street ni memang banyak kedai dan famous. So kami terjumpa kedai kebab yang masih buka walaupun jam 11.30pm. Malam pun masih ramai orang. Lepas makan kami pun balik ke bilik. Memang susah nak tido sebab asyik garu kaki je. Nak komplen tapi badan dah penat sangat. Last2 terlelap..

***Maaf takde gambar, malas nak upload. Lagipun tak banyak mana. Next post akan letak gambar.

 

New Zealand Trip : Day 12 – Fox Glacier – Greymouth – Arthur’s Pass – Christchurch

Wednesday, 21 October 2015

Good morning Fox Glacier. Cuaca macam suram je pagi ni. Awan pun kelabu je. Walau apapun, kita breakfast dulu yang ditaja khas oleh Brahim’s. Ditaja la sangat, padahal beli kat kilang dia. Hahaha. Memang that’s it la. Cukup-cukup dengan makanan Brahim’s. Muak gila dah. Cuma bila difikirkan budget, belasah je pun takpe. Tapi disebabkan cash NZ dollars banyak lagi, tu yang buat-buat tak pandang Brahim’s tu. Hahaha. Anyway, kat Fox Glacier ni kami taktau nak makan mana sebenarnya. Tempat sini pun macam kurang menarik kecuali glacier dia je. Kami tak singgah pun glacier tu sebab cuaca tak mengizinkan.

Tepat jam 9 pagi, kami pun bertolak menuju ke Greymouth. Sepanjang perjalanan tu melewati Franz Josef Glacier, Ross dan Hokitika. Scenery sepanjang perjalanan di West Coast ni sangatlah kurang menarik berbanding pada awal trip kami ini. Sepanjang jalan tu hijau je macam kat Malaysia pulak. Selepas 3 jam, kami pun tiba di Greymouth. Masa tu dah jam 12pm. Kami pun lunch dulu. Pusing punya pusing, di pekan Greymouth ni, tak jumpa outlet makanan halal. Lepas tu kami jumpa satu kedai ni katanya ada kebab halal, bila kitorang dah siap parking, sekali kedai tu tutup daa. Kecewa. Mana nak makan nih? Pekan Greymouth ni kecil sahaja. Terus kami jumpa McDonald’s di tepi roundabout. Belasah je la. Dah lapar ni. Ini la kali kedua kami makan McDonald’s di NZ.

Sewaktu menikmati makanan, kami berbincang sama ada nak stay di Greymouth atau drive terus ke Christchurch. Sebenarnya kami dah book dan dah bayar untuk menginap di Greymouth Seaside Top 10 Holiday Park. Harga pun agak boleh tahan dalam $76 untuk satu malam. Dan sepatutnya keesokan hari kami dah plan nak ke Punakaiki Pancake Rocks & Blowholes. Tapi bila difikirkan apa kami nak makan dan macam suram je pekan Greymouth ni, dan masa tu baru jam 12.30pm, kami sebulat suara mengambil keputusan untuk terus sahaja ke Christchurch. Kami pun setuju untuk burn kan saja bilik yang dah booking tu. Setelah 3 jam perjalanan tadi ke Greymouth, kami masih lagi ada tenaga dan masih fit untuk drive ke Christchurch yang sejauh 250km dari Greymouth. Kami pun bertolak jam 1pm.

Arthur’s Pass train station

Arthur’s Pass area

Arthur’s Pass area

 

Perjalanan ke Christchurch akan mengambil masa 3 jam setengah. Tapi kami plan nak explore Arthur’s Pass dan juga Castle Hill. So mungkin boleh jadi sampai 5 jam. Mula-mula kami melewati Arthur’s Pass selepas 1 jam setengah perjalanan. Tempat famous di NZ. Memang cantik scenery sini. Terserempak juga dengan keretapi “Scenic Rail NZ” between Christchurch – Greymouth. View menarik cuma masa tu hujan renyai. Langit kelabu. Jadi kurang menarik sikit. Lepas tu kami bertolak ke Castle Hill dalam 45 minit perjalanan. Sampai je area Castle Hill, whoah! Cantik gila.

Approaching Castle Hill

Beautiful landscape

Dah sampai di Castle Hill

Welcome to Castle Hill

Masa sampai di Castle Hill ni sekitar jam 3.15pm. Memang puas bergambar. Cuaca dah mula ok. Langi cerah cuma ada berawan sikit. Boleh la untuk bergambar banyak-banyak kat sini. Boleh pulak masa nak bergambar tu, aku terkehel ankle. Adoi. Ankle bengkak sikit dan terseliuh. Nasib baik dah nak balik baru jadi camni. Tapi takde la teruk sangat, lepas tu aku boleh jalan slow-slow. Kira walkable jugak la. Kami spent time di sini selama sejam. Dan sekitar jam 4.30pm kami pun bertolak terus ke Christchurch.

Nak kena menapak sikit dari parking

Sampai!

Castle Hill…batu batuan

Nature’s sculpture

Kaki terseliuh with superb view. Bila terkehel kat sini tak rasa sakit pun sebab teruja. Hahaha

Landscape view from Castle Hill

Nampak tak bawah pokok tu ada kereta, kat situ la tempat parking

Selfie sikit di Castle Hill

Posing depan Castle Hill

Kat depan tu boleh masuk lagi, tapi kaki terseliuh, takleh la jalan jauh sangat..rugi rugi

Khalid pulak posing

Khalid pulak nak posing

Ok my turn…

 

Sepanjang perjalanan ke Christchurch aku cuba cari tempat untuk kami bermalam. Sekali dapat bilik with attached toilet and bathroom for $80 di Amber Kiwi Holiday Park. Kami terus ke sana dan terus bertanyakan availability, kami bernasib baik kerana masih banyak lagi bilik. Pheewww, selamat! Lepas letak barang, kami terus ke Pak’N’Save di Hornby untuk membeli bahan masakan untuk dinner. Sejam lebih kami berada di Pak’N’Save ni sebab kali ni kami nak beli coklat Whittakers banyak-banyak. Kami masing-masing borong 10-15 keping coklat Whittakers pelbagai flavour. Masa tu harga promo $3.49 atau RM10 je. Murah gila. Cashier pulak dapat yang baik, sebab coklat Whittakers tu since barang promo, ianya boleh dibeli 2 je per transaction. So, cashier tu cadangkan buat multiple transactions dan aku pun ok je. Kitorang ada dalam 20++ kot. Cashier tu siap suruh mereka yg beratur di belakang ke kaunter lain sebab akan lambat. Hahaha.

 

Pak’nSave Hornby, Christchurch

Whittakers Chocolates. Offer paling murah setakat ini. Berbaloi!

 

At the same time, kitorang juga beli ikan salmon dua keping untuk grill je. Dan entah kenapa, aku nak try sgt Feta Cheese, iaitu cheese susu kambing. Orang kata kalau gi NZ, kena try feta cheese ni sebab murah dan sedap. Belasah je. On the way balik ke motel, lapar la pulak. Masa tu baru jam 7pm. Kami pun cari kebab halal. Cari punya cari jumpa satu yang attached to mall. Kononnya minum petang la kiranya.

Sampai je motel, kami relax jap. Pastu mula masak salmon tadi. Makan lagi! Entah kenapa lapar pulak perut kitorang masa tu walhal dah belasah kebab sorang satu kul 7.30pm tadi. Mungkin sebab sejuk dan banyak driving hari ni rasanya. Salmon tu kami grill dengan salt and pepper je. Pastu taburkan feta cheese atas salmon. Salmon tu dah la memang rasa lemak, tambah cheese lagi, perghhh. Makan sikit je muak. Hahaha. Tapi memang fresh gila salmon nih. Sangat sedap. Lepas makan, kami kekenyangan pastu terus tertido. Letih kot hari ni drive for 8 hours! Esok nak balik Auckland pulak.

 

Salmon Grill with Feta Cheese. Ternyata combination tak ok sebab muak. Hahaha

End of Day 12…

New Zealand Trip : Day 11 – Queenstown – Wanaka – Fox Glacier

Tuesday, 20 October 2015

Good morning Queenstown. Sedih pulak nak meninggalkan bandar Queenstown. Bandar yang bagi kami adalah bandar paling menyeronokkan dan terbaik di NZ. Macam-macam aktiviti ada di sini. Sangat rugi kalau menginap di sini hanya untuk 1 malam. Alang-alang dah sampai sini, kena at least spend dalam 2 malam. Baru puas hati.Maka selepas 3 malam di sini, lepas breakfast ala kadar, kami pun terus checkout. Kami sengaja tak lalu bandar Queenstown sebab takut taknak balik pulak. Hahaha.

Our 3 nights accommodation in Queenstown

Sekitar jam 9.30 pagi, kami bertolak ke Wanaka, yang terletak sekitar 67km dari Queenstown. Jalan untuk ke Wanaka ni ada dua, satu melalui Cardrona dan satu lagi melalui Cromwell. Jalan Cardrona ni lagi dekat by 40km. Cuma ramai orang suka gi Cromwell sebab boleh singgah makan fresh fruit ice cream. Disebabkan perjalanan kami masih jauh untuk hari ni, maka kami guna laluan Cardrona je.

Laluan Cardrona ni akan melalui Crown Range Road yang famous. Crown range road ni serupa macam ular kena palu. Banyak lekuk dan mendaki. Bila sampai di atas, view menarik dan nampak bandar Queenstown. Kadang2 boleh juga nampak flight nak mendarat di Queenstown. Kami singgah di salah satu view point kat Crown Range Road ni. Angin kuat dan view cantik gila.

Upper view from Crown Range Road. Boleh nampak runway Queenstown Airport

Lower view of Crown Range Road.

 

Selepas menikmati keindahan alam di situ, kami pun lalu pekan kecil Cardrona. Kalau korang Google Cardrona, memang sah akan jumpa gambar macam bawah ni. Cardrona Hotel. Macam pekan koboi je.

The iconic Cardrona Hotel

 

Tanpa buang masa, kami terus gerak ke Wanaka. Sampai je kat Wanaka, kami terus cari “The Lone Tree” yang famous tu. The Lone Tree ni memang sangat popular di kalangan photographer kerana pokok ni memang elok2 je terletak kat dalam tasik dengan berlatarbelakangkan snow capped mountains. Memang cun! Puas kami bergambar di sini.

The famous “Lone Wanaka Tree”

Bergambar depan the Lone Wanaka Tree. Dekat tepi tasik je.

 

Jam dah pukul 11.30am, dah mula rasa lapar pulak. Kami pun ke pekan Wanaka. Ada Turkish kebab kat situ. Kebab pun kebab la. Ada jugak dia jual burger. So makan je burger tu. Punya la besar. Lepas makan kami round2 pekan tu. Pekan kecik je so nothing much, kecuali pemandangan cantik di sekitar pekan tu.

Our lunch at Turkish Delights, Wanaka

View from our lunch table. Overlooking Lake Wanaka

 

Destinasi seterusnya, Puzzling World Wanaka. Puzzling World ni agak famous jugak la di sini. Boleh dikatakan kalau singgah Wanaka, memang semua orang akan singgah Puzzling World ni untuk bergambar. Kami cuma bergambar di luar tu je. Nak masuk dalam untuk experience tu kena bayar dlm $25 per person. Since kami taknak buang masa, kami tak masuk pun.

Puzzling World Wanaka

Typical posing kat sini

Gambar kami pulak

Tepat jam 2pm, kami bertolak ke Fox Glacier di West Coast sekitar 3 jam 30 minit perjalanan atau 262km. Ni bukan jalan highway tapi jalan kampung, menyusuri pergunungan dan bukit bukau. Pemandangan sepanjang perjalanan ni terasa macam kat Malaysia pun ada. Hijau je semuanya. So agak kurang menarik sikit pemandangan. Akhirnya kami tiba di Fox Glacier pada jam 5.30pm. Pekan yang hanya terkenal untuk glacier. So nothing much kat sini. Kami just beli bahan untuk masak di market dan terus ke Fox Glacier Top 10 Holiday Park. Kami akan menginap selama 1 malam di sini untuk berehat.

NZ tourer on bicycle. Respect.

Our first sight of West Coast. Terasa macam di Malaysia pulak

Pokok tepi pantai. Teringin nak masuk celah2 pokok tu tapi letih gila masa ni

Akhirnya tiba di pit stop kami di West Coast. Stayed here for 1 night.

Our cabin. Cukup selesa.

 

Masa kat cabin ni la aku basuh baju-baju yang ada. Dan juga basuh kasut aku yang dah hampir busuk. Just masukkan syiling sebanyak $4 je. Pastu dryer untuk 1 jam dalam $2 je. Malam tu kami rehat secukupnya sebab keesokan harinya adalah perjalanan paling jauh kami akan drive akibat last minute change of plan! Puncanya kami rasakan West Coast ni macam takde benda…

End of day 11…

New Zealand Trip Tips : To Rent a Campervan/Caravan OR Car?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum sambung pasal NZ trip aku tu, aku nak beri pendapat serta tips untuk sesiapa yang sedang berbelah bagi atau confuse sama ada nak sewa campervan/caravan atau kereta biasa semasa trip ke New Zealand nanti. Walau apapun, sebelum aku meneruskan post pasal ni, aku just nak remind yang apa yang aku tulis ini hanyalah sekadar pendapat peribadi. Setiap orang ada pendapat masing2, so i might be wrong also. In the end, korang yang akan experience semua tu juga nanti. Betul tak?

Nak travel around NZ dengan kereta ke atau campervan/caravan?

Ok, antara campervan/caravan atau kereta. Itulah persoalan yang selalu diajukan oleh ramai kenalan dan my fellow blog readers. Perkara ni agak subjektif tapi semuanya depending on your budget dan berapa ramai dalam group korang yang nak ke NZ tu.

First of all, campervan and caravan are two different vehicle type. Campervan saiz dia lebih kepada van macam Toyota Hiace/Estima or Nissan Urvan. Caravan ni lebih kurang macam Motorhome, usually orang sebut caravan sebab saiz dia kecil sikit daripada motorhome. Ada juga yang kata Campervan dan Caravan ni sama je. Tapi since aku nak buat perbandingan, maka aku akan gunakan perbezaan Campervan dan Caravan ok?

Campervan kebiasaannya muat untuk 2 -3 orang. Caravan pula kebiasaannya 3 – 6 person. Campervan boleh selamba masuk town dan parking pun boleh kat memana je dan senang. Caravan/motorhome ni gedabak besar dan tak boleh simply parking kat dalam town. Ada dedicated parking untuk caravan dan selalunya agak jauh.

Campervan

Kadar sewa campervan selalunya berharga antara $30 – $150 untuk satu hari. Caravan pula $90 – $200 sehari. Agak jauh berbanding dengan kereta sewa yang boleh dapat semurah $20 sehari (selesa untuk 2-3 orang) atau maximum $100 sehari. Walau apapun, campervan ke caravan ke motorhome ke, semuanya akan jadi lebih murah kalau kita sewa lebih lama, seminggu ke dua minggu ke. Baru syok!

Caravan

Secondly, pasal penginapan/accommodation. Sepertimana yang kita tau, New Zealand ni sangat banyak holiday park. yang famous adalah Top 10 Holiday Park (http://www.top10.co.nz) . Setiap holiday park memang akan ada Cabins, Dorms, Self Contained Units, Motels, Powered Sites dan Non Powered Sites. Kalau orang yang sewa kereta, mereka akan sewa cabins/self contained/motels je. Cabins ni kebiasaannya tiada kitchen dan toilet. Kena guna shared bathroom & kitchen. Cabin selalunya berharga sekitar $60 – $90 per cabin. Tengok location. Ada cabin for single, double dan family cabin. Self Contained units dan Motels selalunya akan ada semuanya di dalam bilik. Sesuai untuk family cuma agak mahal sikit sekitar $100 – $200 per room. Lagi best lokasi lagi mahal harga. Tu baru holiday park, kalau hotel atau motel/lodge, selalunya tak kurang $90 per night untuk bilik dua orang dan maximum per night boleh cecah $300 atau lebih.

Powered Sites dan Non Powered Sites adalah untuk campervan/caravan ni. Kalau ikut rate sekarang adalah kira2 NZD$50 untuk satu malam. Tapi $50 tu harga untuk 2 orang untuk kebanyakan holiday park. Additional person tambah lagi $25. So total untuk powered sites adalah $75 kalau bertiga per night. Itu adalah harga contoh yang saya ambil dari Queenstown Top 10 Holiday Park. Mungkin ianya agak mahal kerana lokasi. Kalau lokasi yang biasa, ianya mungkin lebih murah. Ada juga holiday park yang tak charge additional person dan mungkin jarang ada kot. Saya pun kurang pasti sebab belum berkesempatan  untuk mencuba powered sites ni. Walau apapun, apa yang disebutkan tadi tu la rangkaan harga untuk penginapan di NZ.

Cabin for 4 person

 

Typical cabin dari pandangan luar

So agak-agak dah nampak tak bayang-bayang hala tuju yang ingin dipilih? Hahaha. Ok since post ni bertujuan untuk aku bagi cadangan atau mengesyorkan supaya mana nak pilih antara campervan/caravan atau kereta sewa, maka aku wajib bagi jawapan. Ok here it goes.

Traveling is all about the journey and experience. Tapi nak capai perkara tu, kita perlukan budget yang sesuai dengan kewangan masing-masing, setuju? So aku akan bagi cadangan yang sesuai untuk semua golongan.

1. Traveling with 2 person

Kalau berdua, nak pilih campervan boleh, kereta sewa pun boleh. Kalau korang nak feeling adventurous dan tak kisah nak tido mana2, pilih campervan. Kalau korang perlukan a proper place to sleep, then sewa kereta je dan tido di motel or cabin memana. Tapi, semua tu depending on your budget dan tengok which season korang gi. Kadang2 rental car + cabins lagi murah daripada campervan + alternate days on powered sites. Sebab ada kawan2 aku yang rasa rimas tido dalam campervan untuk 4-5 malam straight. So they opted for a proper place to sleep by checkin to motels/cabins. Like me, aku jenis yang pentingkan tido yang cukup dan selesa. So memang sah aku akan pilih kereta sewa je.

Ok ni anggaran budget untuk campervan dan kereta sewa untuk 2 orang :

Assuming campervan rental is $30 per day. Aku ikut harga di http://www.spaceshipsrentals.co.nz/ . Harga tu untuk sebuah Campervan jenis Toyota Estima model lama yang mungkin berusia lebih 10 tahun. Dan perlu diingat, $30 tu tak termasuk insurans lagi. Kalau nak ambil insurans yang “All Inclusive”, kena bayar another $30 per day. Insuransce all inclusive ni memang kita takkan dapat balik walau satu sen pun. Berbeza pula dengan insurans Partial Excess Reduction, korang kena bayar $20 per day dan tinggalkan deposit sebanyak $1500. Yang $20 per day memang takkan dapat balik cuma deposit $1500 tu akan dapat semula kalau tiada apa-apa yang berlaku. Dan yang terakhir adalah insurans Standard Liability. Yang ni korang kena tinggalkan deposit $3000 without paying for any daily insurance. Kalau tiada apa-apa berlaku, maka korang akan dapat balik $3000 tu. Tapi kalau ada apa-apa berlaku, memang hangus duit tu. Kita sebagai orang luar, highly recommended untuk ambil insurance All Inclusive tu demi keselamatan kita dan duit kita juga. So yang insurans ni korang dah faham kan? Perlu difahamkan bahawa setiap rental car company akan charge harga insurans yang berlainan. Harga insurans juga berbeza seiring dengan berapa tahun sesebuah campervan tu. Kalau campervan tu baru, insurans akan jadi lebih mahal.

Ok, assuming korang gi 8 hari dan sewa campervan selama 8 hari :-

Campervan rental per day : $30
Insurance All Inclusive per day : $30
Total Campervan rental costs for 8 days : $480

Accommodation untuk 2 orang, selama 8 hari 7 malam. Assuming korang pilih Top 10 Holiday Park. Powered Sites averagely $45 per day. So, kalau nak stay kat powered sites sepanjang 7 malam, total harga $360. Kalau stay for alternate days, maybe around $200. Kalau a mixture of powered sites and cabins, maybe around $260. Aku estimate je ni tau. Katakan la tak kisah apapun, aku ambil average $320 untuk accommodation.

So campervan costs $480 + accommodation costs $320 = $800 total untuk 8 hari. Bahagi dengan 2 orang, jadi $400 seorang atau RM1,200 seorang. Kos ini hanya untuk campervan dan a combination of powered sites/lay over/cabins tau.

Ok now rental car pulak.

Car rental averagely around $20 – $50 (yang muat less than 5) per day. Insurance pun sama macam campervan cuma yang all inclusive tu murah sikit, depending pada umur kereta tu. Lagi lama kereta tu lagi murah insurance. Macam aku hari tu, insurance all inclusive is $15 per day (http://www.gorentals.co.nz). So pengiraannya :

Car rental : $30 (average) x 8 days = $240
Insurance : $15 x 8 days = $120
Total car rental costs for 8 days : $360

Accommodation kita pilih yang sama, Top 10 Holiday Park. Pilih cabins averagely around $45 – $90 per night. Ambil $60 as average for 8 days akan jadi $480.

So total car rental $360 + accommodation $480 = $840 , dibahagikan kepada 2 orang jadi $420 seorang atau RM1,300 seorang.

Sekarang nampak perbezaan kan? Semua harga yang aku letak ni adalah untuk pada bulan April – Mei. Harga pun ikut season. Kadang2 campervan jadi mahal, kadang2 kereta jadi mahal. It’s all about your timing.

Walau apapun, kalau tengok perbezaan tu cuma RM100 seorang. Aku mungkin akan pilih kereta je kot. Selesa sikit nak drive dan selesa menginap di katil.

2. Traveling with 3 person

Travel dengan 3 orang memang confirm kena sewa kereta je sebab campervan kebiasaannya untuk 2 orang sahaja. Ada juga campervan yang boleh muat 3 orang tapi jarang2. Caravan pula 4 orang ke atas. So tak economical pilih caravan.

So kalau 3 orang, boleh pilih Cabin yang boleh muat 3 orang. Averagely around $80 per day. Bermakna $80 x 8 hari = $640. So total cost car rental tadi $240 + accommodation $640 = $880 untuk 3 orang. Bahagi 3 jadi $293.30 atau RM909 seorang.

3. Traveling with 4 – 6 person

Kalau 4 orang, masih boleh pilih kereta sewa kalau nak menginap di motel. Nak pilih caravan pun boleh. Takpe, kita buat calculation dulu.

Untuk 4 orang, kalau pilih kereta, lebih kurang sama macam travel dengan 2 atau 3 orang tadi. Total car rental costs around $360. Apa kata aku up jadi $400 untuk kereta yang selesa sikit untuk 4 orang. Pastu accommodation pula, bila dah 4 orang ni, kos penginapan naik sikit dan lagi berbaloi kalau pilih motel yang ada toilet dan kitchen. So aku ambil average $180 per day x 8 days jadi $1,440. Total costs kereta $400 + accommodation $1,440 = $1,840. Bahagi dengan 4 jadi $460 atau RM1,426 seorang.

Kalau pilih caravan, harga jadi lain sikit. Caravan untuk 4 orang ranging between $90 – $150 per day. Kadang2 bila ada promo, boleh jadi less than $90 per day. Tengok season juga. So kita ambil averagely $120 per day times 8 days = $960.

Accommodation memang confirm kena ambil powered sites. Sama kos macam di atas, for first 2 person is $45. Tambah lagi dua orang jadi $50. Total $45 + $50 = $95 for 4 person. Untuk 8 hari, $95 x 8 = $760.

Total kos caravan $960 + kos accommodation $760 = $1720 untuk 8 hari. Bahagi dengan 4 jadi $430 atau RM1,333 seorang.

Ok untuk 6 orang pula, nak pilih Toyota Estima pun boleh tapi aku nak pilih caravan sebab caravan lagi seronok. Alang2 dah share 6 orang kan. So Caravan untuk 6 orang ranging between $120 – $200. Depending on season juga. Boleh juga dapat bawah $120 kalau ada promo. So aku ambil averagely $130 per day times 8 days = $1040.

Accommodation powered sites. Same price $45 for first 2 person per day. Tambah additional person $25 x 4 = $100. Harga Child murah sikit. So total per day is $145 x 8 days = $1160 for 8 days.

Total kos caravan $1040 + accommodation $1160 = $2200 for 8 days. Bahagi dengan 6 orang jadi $366.70 atau RM1,136.80 seorang.

Total kos secara ringkas :-

Travel 2 orang (Campervan + Powered Sites) = NZD$400 atau RM1,200 seorang
Travel 2 orang (Rental Car + Cabin) = NZD$420 atau RM1,300 seorang
Travel 3 orang (Rental Car + Cabin) = NZD$293.30 atau RM909 seorang
Travel 4 orang (Rental Car + Motel) = NZD$460 atau RM1,426 seorang
Travel 4 orang (Caravan + Powered Sites) = NZD$430 atau RM1,333 seorang
Travel 6 orang (Caravan + Powered Sites) = NZD$366.70 atau RM1,136.80 seorang

Jelas tak? Rasanya cukup la tu kan. Walau apapun, semua kos di atas tu tak hanya kadar kereta/campervan/caravan sewa dan penginapan sahaja. Tak termasuk minyak kenderaan, makanan dan sebagainya. Aku hanya buat costing begini untuk tunjukkan kat korang mana yang sesuai untuk budget masing-masing. Penginapan tu aku just letak asas je, so kalau korang nak lebih atau nak kurang, pandai-pandai la buat pengiraan sendiri ikut citarasa masing-masing. Aku cuma guide je. Kadar sewa kereta dan caravan serta campervan tu pula aku cuma estimate berdasarkan kos pada bulan April dan Mei. Mungkin boleh dapat lagi murah. Oh ya, semua kos di atas untuk dewasa/adults sahaja. Kalau 4 orang atau 6 orang termasuk children, of course boleh dapat murah lagi.

Secara disclaimer, kos di atas adalah estimation and i might be wrong too. Harga semua tu mainly ikut season. So, aku suggest korang finalize itinerary, pastu try tgk harga kereta, campervan dan accommodation utk tarikh korang gi tu, and buat comparison on the total cost. Unless korang tak kisah pasal cost, then i would recommend to rent a caravan. It will be a whole new experience to travel around NZ.

Aku harap post ni dapat sedikit sebanyak dijadikan panduan untuk korang yang nak gi NZ. Semoga ianya bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

New Zealand Trip : Day 10 – Queenstown – Arrowtown – Queenstown

Monday, 19 October 2015

Selamat pagi Queenstown! Pagi ni bermalasan di dalam bilik dulu. Jam 9 pagi baru keluar untuk ke Arrowtown sekitar 20 minit perjalanan. Jam 9.20am kami tiba di Arrowtown dan terus cari tempat breakfast. Rupanya Patagonia Cafe tu ada di sana, kami pun breakfast situ. Churros belum siap, maka kami order Fresh Bread dan juga Dark Hot Chocolate yg sedap gila tu. Sampai je Fresh Bread tu, terus ternganga, 8 keping roti untuk seorang?. Dah la order sorang satu. Kami pun perlahan-lahan makan sampai habis. Pheewww.

Breakfast @ Patagonia Chocolates Cafe

Breakfast @ Patagonia Chocolates Cafe

Yang ni set breakfast tu. Berlambak

Yang ni set breakfast tu. Berlambak

Menu di Patagonia Chocolates

Menu di Patagonia Chocolates

Lepas breakfast, kami pun berjalan-jalan di pekan kecil Arrowtown. Sejarah pekan Arrowtown ni saya agak kurang jelas cuma yang tau Arrowtown ni terkenal dengan gold mining. Boleh refer sejarah di sini “Sejarah Arrowtown“. Kat sini ada satu je main street yang tak sampai 300 meter pun. Bangunan dia memang old school dan sangat menarik. Post office dia pun cool. Kebanyakan orang di sini macam orang2 tua je. Yang bekerja kat post office tu pun dah berumur. Oh ya, bila dah jumpa post office ni, kami keluarkan postcard yang dibeli di DF souvenirs semalam untuk dihantar ke alamat rumah kami di Malaysia. Hahaha. Dan ada postcard yang di hantar ke rumah kawan2. Stamp berharga $2 je. (Dan postcard tu sampai di rumah seminggu selepas kami tiba di KL).

Kami pun teruskan berjalan-jalan di pekan Arrowtown. Souvenir agak mahal di sini berbanding di DF Souvenirs. Jadi kami setakat window shopping je dan ambil gambar bangunan di sekitar pekan.

Arrowtown Information

Arrowtown Information

Pekan Arrowtown

Pekan Arrowtown

Arrowtown's Post Office

Arrowtown’s Post Office

Red postbox

Red postbox

Salah satu hotel di Arrowtown

Macam pekan koboi

Macam pekan koboi

 

Around 11.30 pagi, kami bertolak ke pekan Queenstown semula. Since semalam kami rasa sideways parking ni agak melecehkan kerana maksimum 2 jam je parking, kami terjumpa ada parking underground kat bawah Queenstown mall. Wilson Parking namanya. Rate hourly $1. Tapi kalau masuk before 10am, dan keluar between 2pm – 7pm, $5 je flat rate. Maksimum rate pula $10 per day. Kalau camni baru senang nak budget. So kami parking je kat situ sebab jetboat kami jam 3pm.

Selepas parking, kami round2 sekitar tasik Wakatipu. Walaupun terasa kenyang lagi, kami terus lunch di McD sebab kalau lunch lepas tu terus jetboat, kang ada yg muntah pulak. Lepas lunch, kami tengok2 TSS Earnslaw, macam nak naik tapi terlalu ramai orang2. Lagi satu kami tengok Million Dollar Cruise tapi timing tak kena dengan kami. Maka melepaslah dua-dua cruise untuk menyusuri Lake Wakatipu. Dah puas berjalan, kami singgah jap di Patagonia Chocolates cafe lagi. Hahaha. Kali ni kami nak try dark chocolate ice cream dia. Perghhhh, sedap gila. Wajib try.

Patagonia Dark Chocolate Ice Cream

Patagonia Dark Chocolate Ice Cream

 

Selepas berjalan-jalan, maka tiba masa untuk menaiki Jet Boat! Kami pilih Kawarau Jet Boat atau lebih dikenali sebagai K-Jet. Harga sebenar $145 seorang, tapi kami beli online through Bookme.co.nz, kami dapat $85 seorang. Excited gila naik jetboat nih. Sebelum menaiki boat, kami diminta untuk tinggalkan segala beg di tempat simpanan mereka. Kami hanya boleh bawa camera sahaja. Maka tepat jam 3pm, jetboat mula menyusuri Lake Wakatipu dan terus ke Kawarau river. Best gila bak hang! Siap pusing2 360. Jetboat ni melewati sungai2 kecil (takde la kecik mana pun) dan kemudian patah balik ke Lake Wakatipu.

TSS Earnslaw...melepas

TSS Earnslaw…melepas

 

Selepas 2 jam, kami pun docking di jeti K-Jet. Agak happy juga la kerana sehari sebelum jetboat ni, kami terdengar daripada salah seorang travel agent di pekan Queenstown tu yang mengatakan K-Jet kurang best. So bila kami dah mencuba K-Jet ni, kami rasa kami faham kot apa yang dimaksudkan. Untuk sesetengah orang, mungkin enjoy kot. Tapi aku ni jenis adventurous dan nak expect lebih lagi. Tapi takpe la kan, at least dah merasa naik jetboat. Kalau korang tanya jetboat mana yg best, next time kalau datang lagi ke sini, aku nak cuba Gold Field Jet pula.

On K-Jet

On K-Jet

Jetboat driver tengah bagi briefing kat tengah-tengah sungai

Jetboat driver tengah bagi briefing kat tengah-tengah sungai

Tu dia Jetboat yang kami naik

Tu dia Jetboat yang kami naik

Selepas jetboat, ketika itu sekitar jam 5pm, kami pun jalan-jalan dan mencari souvenir lagi. Last minute shopping kerana hari ni malam terakhir kami di Queenstown. Awal pagi esok dah nak ke tempat lain. Kami pun terus ke DF Souvenir. Jumpa lagi amoi Malaysia tu dan kami bergambar dengan dia sebelum kami pulang.

Our fellow Malaysian working in DF Souvenir

Our fellow Malaysian working in DF Souvenir

 

Jam 7pm, kami bergerak ke motel untuk masak dan berkemas. Maka tamatlah segala aktiviti kami di Queenstown. I must say, Queenstown is the best place to be on earth! InsyaAllah akan berkunjung ke Queenstown semula dan kali ni nak bawa family. Mesti syok! Mengenai hari ketiga kami di Queenstown ni, tak dapat lakukan banyak aktiviti kerana timing tak kena. InsyaAllah, next time nak betul2 ikut timing diorang supaya setiap masa diisikan dengan aktiviti yang best.

Looking forward for Day 11. A long haul drive from Queenstown – Franz Josef Glacier via Wanaka.

Cake Boss Himself, Mr Buddy Valastro

Tuesday, 1 November 2016

Ok tangguh jap cerita pasal trip ke NZ.

One of my favourite TV show, Cake Boss, the man himself, Mr Buddy Valastro came all the way from New York to Kuala Lumpur for an event and meet & greet. He came to my office for meet and greet and I was excited to meet and have his autograph. He is indeed very friendly and humble. So here are some pictures from the event yesterday.

Cake Boss and Me

Cake Boss and Me

His autograph and some goodies from TLC including an apron

His autograph and some goodies from TLC including an apron

New Zealand Trip : Day 9 – Queenstown – Glenorchy – Queenstown

Sunday, 18 October 2015

Good morning Queenstown! Bangun je terus rasa lega sebab tak perlu nak berkemas untuk bergerak ke tempat seterusnya kerana kami akan berada di Queenstown selama 3 malam. Bermakna ada 2 malam lagi kami di sini. Selepas sarapan Nasi Goreng Brahim’s (muak dah), kami terus bergerak ke Glenorchy yang terletak kira-kira 46km atau 1 jam dari Queenstown. Glenorchy ni salah satu tempat penggambaran Lord of The Rings, tapi tak sure di belah mana. Cuma ada satu landscape tu memang digunakan dalam LOTR.

Kami tiba di Glenorchy sekitar jam 10 pagi. Sejuk benor pagi ni. Terus nampak icon Glenorchy, iaitu sebuah cabin merah yang ada signboard Glenorchy. Menarik betul dengan background yang cantik. Di belakang cabin tu ada jetty berlatarbelakangkan bukit bukau/gunung ganang dan juga snow cap mountains. Cun gila. Cuma pagi tu agak mendung sedikit dan menjadi kabur. Kalau langit biru mesti cun gila. Puas kami selfie dan bergambar di situ. Kemudian kami berniat nak lepak minum tapi macam takde apa sangat, lepas tu ingat nak jalan-jalan ke Kinloch dalam 25km daripada Glenorchy. Tapi cuaca pun macam kurang best, so kami decide pulang ke Queenstown untuk aktiviti yang seterusnya.

Icon of Glenorchy

Icon of Glenorchy

Posing depan cabin

Posing depan cabin

Selfie time

Selfie time

At the Glenorchy Jetty

At the Glenorchy Jetty

Khalid posing pulak

Khalid posing pulak

Kami tiba di Queenstown sekitar jam 12.30pm dan terus mencari parking di tengah bandar Queenstown. Nasib baik jumpa road side parking yang waktu maksimum parking di situ selama 120 minit atau 2 jam. Parking je la dulu dan bayar kat machine tu. Lepas tu kami jalan menuju ke main attraction bandar Queenstown, iaitu di depan lake Wakatipu. Kat sini ramai orang lepak-lepak. Tapi kitorang decide untuk lepak di Patagonia Chocolates Cafe. Sebenarnya memang dah lama target nak ke Patagonia Chocolates Cafe ni. Cafe ni famous dengan Dark Hot Chocolate dan churros with dark chocolate dip dia. Hot Chocolate tu $6 segelas dan Churros berharga dalam $9 kot sepinggan, kalau tak silap. Kalau convert ke RM memang mahal tapi worth it! Sedap gila! Highly recommended untuk duduk minum dan makan Churros di sini.

The super delicious Dark Hot Chocolate and Churros with dark chocolate dip!

The super delicious Dark Hot Chocolate and Churros with dark chocolate dip!

Melepak di Patagonia Chocolate Cafe

Melepak di Patagonia Chocolate Cafe

Then, kami pun mula jalan-jalan sekitar bandar Queenstown tu dengan berjalan kaki. Kedai demi kedai kami masuk untuk survey apa-apa yang patut seperti madu dan lain-lain. Pemandangan Lake Wakatipu waktu tu sangat indah walaupun dah tengahari. Selepas 2 jam berjalan, kami mula rasa lapar semula sebab tadi makan churros je. So kami pun menuju ke satu tempat makan tu, dalam Queenstown Mall, the only foodcourt kat situ. Dalam tu ada McD, kebab, indian foods, chinese, korean, japanese dan lain-lain. The only option yang halal cuma Kebab tu je. Nama kedai kebab tu adalah Turkish Kebabs. Sedap juga.

Jetboat yang kami akan naik esok

Jetboat yang kami akan naik esok

TSS Earnslaw Cruise. Tak sempat naik ni sebab ramai orang. Tapi lain kali mesti naik!

TSS Earnslaw Cruise. Tak sempat naik ni sebab ramai orang. Tapi lain kali mesti naik!

Turkish Kebab. Tu dia punya besar

Turkish Kebab. Tu dia punya besar

Memandangkan tempat parking kami dah cecah limit, kami pun bergerak ke tempat lain. Kali ni kami menuju ke tempat yang ada jetty panjang. Nama tempat ni berdasarkan Google Maps, adalah Frankton Arm Walk. Berhadapan dengan Frankton Arm Lake, iaitu lake yang bersambung dengan Lake Wakatipu. Tak jauh pun dari bandar tadi, sekitar 1-2km je. Di sini ada kerusi merah berlatar belakangkan pergunungan The Remarkables. Memang cantik view sini. Puas kami bergambar kat sini. Oh ya, untuk cyclist atau yang nak berbasikal secara santai, inilah tempatnya. Ramai juga berbasikal kat area ni sebab view sangat menarik. Selepas hampir sejam lebih di sini, kami pun bergerak menuju ke Skyline Gondola Queenstown. Masa tu sekitar jam 5pm. Masih cerah lagi.

At Frankton Arm walk tepi Lake Wakatipu

At Frankton Arm walk tepi Lake Wakatipu

Frankton Arm Walk view

Frankton Arm Walk view

Khalid posing tak hingat kat kerusi merah yang menarik ni

Khalid posing tak hingat kat kerusi merah yang menarik ni

Frankton Arm Walk Jetty

Frankton Arm Walk Jetty

Dari Frankton Arm Walk nak ke Skyline Gondola tu sangatlah dekat sekitar 2-3km. Sampai je sana, terus kami beli tiket yang berharga $49 termasuk Gondola (cable car) dan Luge sebanyak 3 kali. Terus terang cakap, kalau korang datang sini, make sure korang beli tiket yang boleh naik Luge lebih daripada 5 kali ok. Kami nyesal gak masa tu sebab buat Luge 3 kali je. Kat tempat Luge tu harga dia dah double/triple kalau bayar separately. Anyway, tiket skyline gondola ni kami tak beli in advance pun. Tak perlu beli awal-awal sebab tak ramai orang pun masa ni. Lagipun waktu tu sekitar jam 5.30pm. Waktu sunset/maghrib sekitar jam 8.30pm. Kami memang target nak stay sini sampai sunset sebab nak ambil gambar pemandangan seluruh bandar Queenstown. Walau apapun, pemandangan dari atas ni memang sangatlah cantik. Dengan Luge ride yang best gila tu. Fuhhh..kitorang siap rakam video lagi masa main Luge tu. Hahaha.

We are at Skyline Queenstown!

We are at Skyline Queenstown!

Queenstown view from the top of the Skyline Queenstown

Queenstown view from the top of the Skyline Queenstown

Our ride to Luge track

Our ride to Luge track

View from Luge track

View from Luge track

Enjoying Luge ride!

Enjoying Luge ride!

Posing for the camera during Luge ride

Posing for the camera during Luge ride

Mendaki bukit la tu konon..hahaha

Mendaki bukit la tu konon..hahaha

Clear view of Queenstown city

Clear view of Queenstown city

Queenstown view at dawn

Queenstown view at dawn

Jam 8pm, kami dah standby kat balcony untuk ambil gambar Queenstown. Ramai juga photographer lain yang dah standby tapi takde la sesak sangat. Just nice je crowd situ. Kami tunggu di situ sampai jam 9pm selepas puas ambil gambar. Kemudian kami pun turun dan terus balik ke motel untuk dinner.

End of Day 9!

 

New Zealand Trip : Day 8 , Te Anau – Milford Sound – Te Anau – Queenstown

Saturday, 17 October 2015

Hari ni bangun awal pagi. Jam 5 pagi dah bangun, memang kami tak mandi pagi ni. Buka je pintu, cuaca masih lagi hujan! Alamak. Hari yang nak ke Milford Sound hujan pulak. Kami berserah dan tawakkal. Kami pun bersiap-siap, siapkan roti dan bertolak ke Milford Sound jam 6 pagi. Since kami gerak sebelum office motel tu buka, kami drop kunci je kat pintu office tu. Easy. Oh ya, Te Anau adalah last point untuk isi minyak. So, sila isi minyak full tank siap2 di Te Anau sebelum ke Milford Sound.

Perjalanan ke Milford Sound dari Te Anau kebiasaannya mengambil masa 2 jam atau 120km. Bukan highway ye. Jalan kampung dan banyak corner. Hari pulak hujan, kami bawa relax je. Cruise kami jam 9.30 pagi. Kami jangka kalau gerak jam 6 pagi, boleh sampai by 8 pagi. Selepas sejam perjalanan, jalan tutup kerana berlaku landslide sikit di depan. Alamak kuasa dua. Dah la hujan, jalan tutup. Kitorang kereta yg pertama tiba di first gate tu namanya Hollyford. Tiada kereta lain waktu tu. Masa tu kul 7 pagi. Kemudian satu demi satu kereta lain tiba dan park di belakang kami. Kemudian ada truck lalu dan beritahu kami bahawa jalan tutup for another 1 hour, maknanya kul 8 pagi baru diorang nak buka. Kami pun tunggu la kat situ selama sejam sambil makan roti yang dibekalkan tadi. Oh ya, tempat yang ditutup ni sekitar 30 minit sebelum Hommer Tunnel yang famous tu.

 

Keadaan bila jalan tutup ketika hendak ke Milford Sound

 

Hollyford – Milford Sound signboard says “Closed”

Tepat jam 8 pagi, mereka buka barrier dan benarkan kami lalu. Sebagai kereta yang pertama, memang heaven takde kereta lalu depan kami. Masa tu pulak hujan dah berhenti. Alhamdulillah. Kami cuba bawa secara berhemah dengan kelajuan yang tinggi sedikit. Dari Hollyford ke Milford Sound tu, view superb gila. Tapi kami tak berhenti sebab takut terlepas cruise. Jam 8.50 pagi, kami tiba di parking Milford Sound. Alhamdulillah on time. Dari parking nak ke jetty cruise tu kena jalan sikit dalam 5 minit. Kami pun check in dan tunggu di tempat yang disediakan. Kami gunakan perkhidmatan Jucy Cruize. $40 je sebab cruise pagi including on-board coffee/tea. Tips saya, sementara tunggu nak boarding tu, sila tunggu di dalam bangunan. Kalau tunggu di tepi jetty tu, ada lalat/nyamuk tu suka attack manusia. Punya la banyak nyamuk tu. Aku kena gigit, gatal betul. Nyamuk tu suka nak masuk telinga, so kena jaga-jaga. Tepat jam 9.20 pagi, kami mula boarding masuk ferry. Pheewwww. Terlepas seksa dengan nyamuk tu. Hahaha.

Tepat jam 9.30 pagi, Jucy Cruize ferry start to push-back, eh macam flight pulak. Haha. Maka bermulalah cruise pagi itu. Jucy Cruize ferry ni besar, dua tingkat. Most of the time kami lepak di open space di atas, kalau nak minum duduk di bawah. Angin pagi tu memang sejuk, maklumla baru lepas hujan. Memang syok gila. Pemandangan Milford Sound tu pulak memang very beautiful. Aku rasa kalau tengahari atau petang mesti lagi cantik. Sebab tu tiket ferry lagi mahal jam 11am ke atas. Melalui cruize ni kami dapat melihat seal, penguin dan lain2. Dolphin tak nampak sebab tengah tido lagi kot. Tepat jam 11.30 pagi kami pun selesai Milford Sound cruise. What an amazing experience. A must do in NZ indeed.

 

Jucy Cruize counter

Jucy Cruize Ferry

Selamat pagi Milford Sound!

Milford Sound, New Zealand

Jucy Cruize Captain and his crews

Selfie time

View menarik

Milford Sound and me… Subhanallah, very beautiful

Rainbow at Milford Sound

One of the many waterfalls at Milford Sound

A ferry approaching one of the waterfall

Walkway at the Milford Sound Jetty

A ferry cruising in Milford Sound

Waterfall in Milford Sound

Seals sedang berehat

Penguin, gambar ni kena zoom sikit kat tengah2 tu. Warna batu blend dengan warna penguin…hahaha

Selepas cruise, selfie time

Posing depan Milford Sound

The beautiful Milford Sound in the morning

Kami mula bergegas ke parking dan bertolak ke Te Anau semula. Kali ni scenery di sepanjang perjalanan ke Hommer Tunnel sangat indah. Aku sempat record video guna GoPro untuk sepanjang perjalanan ni. Semasa on the way ke Te Anau, kami singgah di Mirror Lake. Kejap je di Mirror Lake ni sebab takde apa sangat. Cuma ada signboard terbalik nak menunjukkan tasik tu memang macam cermin. Hehehe. Selepas 2 jam perjalanan, kami pun tiba di Te Anau sekitar jam 2pm. Kami lunch di tempat yang sama iaitu di Mainly Seafood. Sedap punya pasal. Hahaha. Sekitar jam 2.45pm, kami terus bergerak menuju ke Queenstown.

 

Video di atas kami record guna GoPro melalui Hommer Tunnel. Lawa gila.

 

On our way from Milford Sound back to Te Anau

Mirror Lakes

Tu dia signboard terbalik

Fish & Chips yang sedap tu di Mainly Seafood, Te Anau

Approaching Queenstown. Here at Devil’s Staircase

Kat Devil’s Staircase, about 30 minutes to Queenstown

Kami tiba di Queenstown sekitar jam 5.15pm. 30 minit sebelum tiba di Queenstown pun pemandangan dah cantik gila. Sampai je di Queenstown, kami terus menuju ke Countdown supermarket untuk membeli bahan masakan. Kami beli ikan spesis ikan Jenahak untuk masak asam pedas waktu dinner nanti. Kami juga beli beras dan roti. Selesai di supermarket, terus kami menuju Queenstown Top 10 Holiday Park di Arthurs Road yang terletak kira-kira 5km daripada pusat bandar Queenstown dengan harga $90 satu malam (Rata Lodge). Total $270 untuk tiga malam yang dilengkapi private bathroom and microwave. Kitchen pula shared. Jam 7 petang kami mula masak. Asam pedas ikan (Brahim’s punya je) dan telur dadar. Perghhh, makan tak ingat. Puas hati betul.

Selesai dinner, sekitar jam 8.30pm malam, kami drive ke pusat bandar Queenstown untuk jalan2 dan juga dengan harapan kedai buka lagi. Kami parking di tepi jalan je. Tak ingat free ke tak. Yang ingat, ada maximum duration 120 minutes untuk park situ cuma tak sure termasuk malam sekali ke tak. Rupanya banyak juga kedai yang masih dibuka, terutamanya souvenirs shop. Kami terus ke DF Souvenirs yang terkenal dan termurah tu. Masuk je kedai tu dah rambang mata. Macam-macam ada. Produk rasmi NZ All Blacks pun ada. Punya la banyak kitorang beli souvenirs. Ada beberapa barang yang memang jauh lebih murah daripada tempat yang kami pergi sebelum ni. Memang berbaloi bila sabar nak membeli.

Kami spend masa lebih kurang sejam lebih di DF Souvenirs. Tetiba ada seorang pekerja DF Souvenirs tu tegur kami dalam bahasa Melayu. Ehhh, terkejut pulak sebab dia Chinese. Rupanya Malaysian Chinese. Katanya dia dapat Working Holiday Visa ke NZ. Dah hampir 5 bulan. Dia enjoy kerja sini dan boleh travel selalu. Tapi kadang-kadang dia rindu nak cakap dengan orang Malaysia. Eh pelik pulak amoi ni. Hahaha. Tapi dia memang friendly dan peramah. BM dia pun fasih. Lupa pulak nama dia tapi kami ada ambil gambar dengan dia. Lepas tu kami pula sambung berjalan ke kedai souvenir yang lain. Ada beberapa kedai yang masih buka walaupun dah hampir 11 malam. Satu demi satu kedai souvenir kami masuk, ada murah ada yang mahal. Ada juga yang tiada di DF Souvenir tadi yang dijual di kedai lain. Nak kata ramai orang tu takde la sangat tapi memang sentiasa ada tourist masuk kedai.

Sekitar jam 11.30pm, kami pun pulang ke motel. End of day 8!

 

Cooking our dinner, 1st night in Queenstown

Dinner sudah siap, Asam pedas ikan jenahak campur ikan Salmon dan telur dadar. Makan time!

Keadaan Queenstown waktu malam. Kat dalam McD tu ada kebab halal.

 

New Zealand Trip : Day 7 , Dunedin – Nugget Point Lighthouse – Purakaunui Falls – Invercargill – Te Anau

Friday, 16 October 2015

Selamat Pagi Dunedin! Pagi yang indah. Langit biru dan cuaca cerah. Alhamdulillah. Pagi ni kami breakfast roti je. Dah muak makan nasi goreng Brahim’s tu. Hahaha. Tepat jam 8.30 pagi, kami mula bertolak meninggalkan bandar Dunedin yang cantik. How I wish to stay longer for at least until lunch. Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. Jadi, kami menuju ke “Nugget Point Lighthouse” yang terletak di Kaka Point, kira-kira 110km atau 1 jam 30 minit dari Dunedin. Untuk ke Nugget Point ni kena lalu pekan Balclutha. Kemudian terus ke Kaka Point dan seterusnya ke Nugget Point Lighthouse.

Kami tiba di perkarangan parking Nugget Point Lighthouse sekitar jam 10 pagi. Dalam tempat parking yang agak luas tu, hanya ada dua kereta sahaja termasuk kereta kami. Memang lengang. Dari tempat parking, kena jalan lebih kurang 900 meter melalui jalan denai/walkpath/track yang disediakan. Walkpath/track tu agak lebar cuma ada sesetengah tu berada di lereng/cerun. Di cerun tu la yang angin menolak kuat badan kita. Kalau nak bawa kanak-kanak kecil, kena fikir 2-3 kali sebelum nak berjalan di situ. Aku yang berat ni pun boleh digerakkan angin tu, inikan pula budak-budak. Walkpath tu kiranya kategori very easy walkpath. Ada combination of uphill and downhill. Uphill tu takde la tinggi mana pun. Selepas lebih kurang 10-15 minit berjalan santai, kami pun tiba di lighthouse. Superb view !

Track to the Lighthouse

 

This is why they called it Nugget Point Lighthouse.

 

Khalid and Me at Nugget Point Lighthouse

 

 

Nugget Point Information

 

By 11.15 pagi, kami pun bertolak keluar dari parking lighthouse. Bagi aku, kalau ke NZ dengan family, tak perlu pun pergi sini, tapi untuk photographers, wajib tidur di sini untuk capture keindahan landscape waktu matahari terbit. So, next stop is Purakaunui Falls yang terletak kira-kira 48km atau 50 minit. Kami tiba sekitar jam 12.00 tengahari dan agak ramai tourist di situ. Parking tak seluas di lighthouse tadi. Untuk ke Purakaunui Falls, perlu melalui track/denai yang disediakan dan menurun ke dalam hutan sejauh kira-kira 10 minit. Sampai je kat air terjun Purakaunui tu, fuhhh..magnificient! Cuma aku agak terkejut sebab dalam gambar nampak macam besar, rupanya kecik je air terjun Purakaunui nih. Layan gambar dulu…..

 

Purakaunui Falls, taken with Nikon D3300

 

Purakaunui Falls, taken with iPhone 6+ using Slow Shutter Cam app

 

Selfie di depan Purakaunui Falls

 

Me, before start walking to Purakaunui Falls

 

Setelah puas mengambil gambar, sekitar jam 1pm, kami mula bergerak ke bandar Invercargill, iaitu bandar paling Selatan di NZ. Daripada Purakaunui ni ada dua jalan untuk ke Invercargill, so kami guna jalan paling dekat. Rupanya jalan paling dekat tu gravel road dlm few kilometres. Asalkan dekat dan tak perlu nak pusing. Selepas 13km, kami melalui Florence Hill Lookout. View menarik from the cliff. Nampak pantai di bawah. Kami berhenti jap ambil gambar dan terus ke Invercargill sejauh 103km atau 1 jam 20 minit dari Florence Hill.

Kami tiba di Invercargill jam 2.15pm. Baru nak cari tempat untuk lunch. Kami pun Google tengok mana Fish & Chips terbaik dan terus ke sana. Tiba je di kedai makan tu, kami jadi sangsi sebab tengok menu ada pork here and there. Rupanya owner kedai tu chinese. Bukan racist tau tapi faham2 je la kan. So kami cari kedai yg ada status halal dan terjumpa kedai jual kebab. So kitorang lunch kebab kat situ je. By 3pm, kami terus gerak ke Te Anau. Kitorang malas nak explore Invercargill ni due to time constraint. Dari Invercargill ke Te Anau adalah sejauh 155km atau 2 jam. Selepas 6 hari di NZ, hari ni adalah hari hujan sepanjang hari. Dari Invercargill sampai la ke Te Anau, hujan sepanjang jalan. Alhamdulillah, kami tiba di Te Anau sekitar jam 5pm. Kami terus check in di Te Anau Top 10 Holiday Park, bilik Standard Cabin Twin Bed yang berharga $73. Rehat jap dan jam 6pm kami ke Fresh Choice untuk membeli barang untuk masak. Last2 beli roti dan telur je untuk buat sandwich telur untuk pagi esok. Hujan masih belum menunjukkan tanda untuk berhenti. Kami jadi lapar dan terus mencari kedai makan di sekitar tempat kami parking dan terjumpa kedai Mainly Seafood. Since diorang tak jual pork, kami pun makan Fish & Chips di situ. Agak sedap juga.

By 8pm kami ke motel semula untuk tidur awal kerana esoknya kami akan bertolak ke Milford Sound seawal jam 6 pagi! Kami tak dapat ambil gambar di sekitar Te Anau kerana masih lagi hujan. Takde rezeki. Tak sabar tunggu hari esok!

 

Florence Hill Lookout Point

 

 

Mainly Seafood Restaurant @ Te Anau. Recommended. Fish & Chips kat sini no beer batter.

 

 

New Zealand Trip : Day 6

Thursday, 15 October 2016

Selamat pagi Aoraki Mt Cook National Park! Sungguh indah morning view di sini. Kami bangun awal hari ni untuk ke Dunedin melalui Twizel, Elephant Rocks dan Moeraki Boulders yang mengambil masa selama hampir 4 jam atau 320km. Kami malas nak masak hari ni sebab nak mencuba breakfast di Twizel. Sampai di Twizel jam 8.30 pagi, taktau mana nak makan. Akhirnya jumpa satu kedai souvenir ni yg ada cafe dalam tu. So kami just makan roti je. Boleh la untuk alas perut. Jam 9.00 pagi kami terus gerak ke Elephant Rocks.

Sekitar jam 10 pagi, kami tiba di Elephant Rocks. Pada mulanya kami pusing-pusing, mana la entrance. Kami sudah sedia maklum bahawa Elephant Rocks ni terletak di tanah persendirian. So kena hati-hati sikit. Bila kami pusing-pusing tu, puas kami cari entrance sebab nampak semua berpagar. Tiba-tiba nampak seorang tourist ni masuk melalui pagar kecil yang hanya perlu ditolak je. Hampeh. Macam mana la kitorang boleh tak nampak pagar kecil tu.

Buat pengetahuan korang, Elephant Rocks ni adalah tempat batu-batu besar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Lokasi ini popular kerana menjadi lokasi filem The Chronicles of Narnia. Memang cantik view di sini dengan batu-batu dan langit yang biru. Kami lepak di sini hampir sejam juga. Kalau korang dah kebetulan lalu area sini, memang tempat wajib untuk singgah. Sekitar jam 11 pagi kami pun gerak ke Moeraki Boulders.

Tepat jam 12pm, kami tiba di Moeraki Boulders. Moeraki Boulders ni terletak di tepi pantai dan merupakan tempat popular di kalangan pelancong dengan batu-batu bulat yang besar di persisiran pantai. Tempat ini juga menjadi lokasi wajib untuk para photographers. Tapi kalau nak shoot landscape sini, waktu sunrise dan sunset adalah waktu terbaik. Kami sampai pun memang tengahari. Nak shoot gambar pun setakat mana yang boleh je. Lepas merewang di tepi pantai, kami pun naik ke Moeraki Boulders Cafe untuk lunch. Agak mahal juga lunch sini. Kami makan Fish & Chips for kids yang berharga NZD$8.00. Nama je for kids tapi portion besar. Sedap juga la memandangkan lunch tepi tingkap ocean view.

Sekitar jam 1.30pm, kami pun bergerak ke bandar Dunedin yang mengambil masa sekitar 1 jam lebih. Jalan ke Dunedin ni lain macam sikit sebab jalan mendaki bukit kemudian nampak bandar Dunedin sambil menurun bukit. Quite a nice view. Kami tiba di Dunedin jam 2.45pm. Terus kami check-in di Leith Valley Holiday/Touring Park. Kami memilih private cabin yang kami rasa besar dan boleh memuatkan 4-5 orang. Hanya dengan NZD$59 satu malam. Tapi tak termasuk bedding lagi. Bedding tu maksudnya tak termasuk comforter, pillow case, dan bedsheet. Owner motel tu bermurah hati beri kami $5 sahaja untuk dua set bedding. Kalau tak $5 untuk satu katil. Oh ya sebelum lupa nak cakap, bila korang booking penginapan, make sure korang check dan tanya mengenai bedding included ke tak. Certain motel tak provide dan kena sewa. Tapi Alhamdulillah, sepanjang kami berada di NZ, di Dunedin ni je bedding tak included.

Lepas check-in, kami terus keluar jalan-jalan. Kami terus ke Champions of The World store di tengah bandar Dunedin. Apa yang ada kat situ? Situlah butik untuk jersey dan accessories NZ Rugby All Blacks. Lepas shopping, kami ke Dunedin Railway Station untuk ambil gambar. Dari rugby store tu ke Railway Station tu boleh jalan kaki je sebenarnya. Tapi sebab tempat kami parking tu hanya untuk 60 minit je, terpaksa bawa kereta ke area sana. Railway station dia simple dan menarik. Tak besar sangat. Compound garden railway station ni yg cantik dan bersih.

Kemudian kami ke Tunnel Beach yang terletak dalam 8km atau 12 minit.  Tunnel beach ni memang cantik. Tapi nak berjalan dari pagar ke tunnel tu dalam 45 minit downhill. Tu baru nak menurun dah 45 minit. Bila balik nak naik nanti mau sejam setengah. Kami decide untuk turun separuh je, itupun view dah menarik. Kami spend time di sini dalam 40 minit je.

Lepas tu kami ke Baldwin St, the steepest street in the world. Nak merasai pengalaman drive ke puncak melalui Baldwin St je. Memang steep habis. Pastu bila nak turun pun kami kena main brake supaya tak terlalu laju nak menurun. Best juga datang sini, at least dapat merasa walaupun takde apa sangat sebenarnya.  So habis trip pada hari ni. Hari pun dah nak gelap dan kami ke motel dan masak untuk dinner. End of day 6!

 

On our way to Dunedin

 

Elephant Rocks!

 

Elephant Rocks

 

This is why they called it Elephant Rocks

 

 

Ni la signboard yang kitorang jumpa, tapi tak sure mana tempat masuk..hahaha

 

Moeraki Boulders

 

Moeraki Boulders

 

Moeraki Boulders

 

Entrance to Tunnel Beach

 

View yang cantik sebelum turun dengan berhati-hati

 

Tunnel Beach!

 

Baldwin Street

 

 

The World’s Steepest Street

 

Dunedin Railway Station